UPM Institutional Repository

Cabaran dan usaha pengekalan identiti etnik bumiputera Siam


Citation

Mohamed, Rozmalina Izwanita and Lee, Yok Fee and Darshan Singh, Sarjit Singh and Fadzil, Mohd Fauzi (2018) Cabaran dan usaha pengekalan identiti etnik bumiputera Siam. Pertanika MAHAWANGSA, 5 (1). pp. 389-397. ISSN 2289-7259

Abstract

Identiti merupakan simbol yang penting dalam menonjolkan keunikan ciri-ciri budaya sesebuah kelompok etnik, di samping menjadi kayu ukur yang membezakan kumpulan etnik terutama kepada golongan minoriti. Identiti mampu mengukuhkan kedudukan sesebuah etnik dalam masyarakat Malaysia yang berbilang etnik dan agama. Sehubungan itu, kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti sejauh manakah proses identifikasi etnik bumiputera Siam di Kampung Jambu sebagai orang Siam; menganalisis sejauhmanakah cabaran yang dihadapi oleh etnik bumiputera Siam dalam mengekalkan identiti etnik dan; menentukan sejauhmanakah usaha-usaha yang dilakukan oleh etnik bumiputera Siam untuk mengekalkan identiti mereka sebagai orang Siam di Malaysia. Seramai sembilan orang informan berketurunan Siam telah terlibat dalam kajian yang dijalankan di Kampung Jambu, Tumpat Kelantan. Data telah dikumpulkan secara kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual dan pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengaruh budaya barat, pertukaran agama dan kekurangan minat dalam kalangan generasi muda menjadi cabaran kepada etnik bumiputera Siam untuk mengekalkan identiti. Usaha yang dilakukan oleh etnik bumiputera Siam untuk mengekalkan identiti mereka ialah melalui pengekalan seni bina, penubuhan sekolah bahasa Siam dan sambutan perayaan setiap tahun. Arus globalisasi tidak mengubah simbol identiti etnik bumiputera Siam sebaliknya diperkukuh dengan usaha yang pelbagai oleh komuniti etnik bumiputera Siam.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Cabaran dan usaha pengekalan identiti etnik bumiputera Siam.pdf

Download (34kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
Publisher: Universiti Putra Malaysia Press
Keywords: Identity; Siamese community; Case studies; Culture; Religious
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 10 May 2019 08:34
Last Modified: 10 May 2019 08:34
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68405
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item