Simple Search:

Fungsi pengetua dalam pengurusan kokurikulum dan hubungannya dengan prestasi kokurikulum murid di sekolah menengah


Citation

Abdullah, Aidah (2017) Fungsi pengetua dalam pengurusan kokurikulum dan hubungannya dengan prestasi kokurikulum murid di sekolah menengah. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract / Synopsis

Pengetua sebagai pengurus kokurikulum berperanan memimpin organisasi sekolah untuk mencapai visi dan misi kokurikulum yang telah ditetapkan. Perancang, pengelola, pengawal dan pemimpin adalah fungsi asas pengurusan kokurikulum yang perlu dilaksanakan oleh pengetua. Kajian ini dijalankan untuk meninjau persepsi guru terhadap fungsi pengetua dalam pengurusan kokurikulum dan hubungannya dengan prestasi kokurikulum pelajar di sekolah menengah di negeri Selangor. Kajian kuantitatif berbentuk deskriptif korelasi ini dilakukan secara tinjauan menggunakan instrumen soal selidik melibatkan responden seramai 294 orang guru yang terdiri daripada penolong kanan kokurikulum, setiausaha kokurikulum, setiausaha sukan dan penyelaras persatuan dan kelab dari 49 buah sekolah dari 5 buah daerah di Selangor yang dipilih secara persampelan rawak berstrata mengikut nisbah. Daerah- daerah yang telah dipilih adalah daerah Petaling Utama, Klang, Sepang, Kuala Selangor dan Hulu Selangor. Hasil dapatan kajian dianalisis secara kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai dan analisis korelasi Pearson menggunakan perisian SPSS versi 22. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetua di sekolah-sekolah menengah di lima daerah tersebut telah menjalankan fungsi sebagai perancang, pengelola, pengawal dan pemimpin dalam pengurusan kokurikulum secara keseluruhannya pada tahap tinggi iaitu perancang kokurikulum (min=4.04 dan sp=0.54), pengelola kokurikulum (min=4.02 dan sp= 0.52), pengawal kokurikulum (min=4.12 dan sp=0.46) dan pemimpin kokurikulum (min=3.98 dan sp=0.52). Manakala tahap prestasi kokurikulum murid dalam kajian ini adalah berdasarkan kepada 2 aspek iaitu penglibatan dari segi kehadiran murid ke aktiviti kokurikulum dan pencapaian kokurikulum murid. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa penglibatan kokurikulum murid adalah di tahap tinggi (min=3.80 dan sp=0.67) dan tahap pencapaian kokurikulum murid adalah sederhana (min=3.56 dan sp=0.60). Kehadiran dan pencapaian murid dalam kelab sukan dan permainan adalah di tahap paling tinggi (min=3.98 dan sp=0.72) dan (min=3.63 dan sp=0.80) berbanding pencapaian pelajar dalam persatuan ko-akademik, kelab bukan akademik dan persatuan badan beruniform. Ini menunjukkan bidang sukan dan permainan merupakan bidang paling disukai oleh pelajar. Kajian ini juga melihat korelasi antara empat fungsi pengetua dalam pengurusan kokurikulum dengan prestasi kokurikulum pelajar. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat korelasi lemah yang positif antara fungsi pengetua sebagai perancang dengan prestasi kokurikulum murid (r=0.27, p<0.05) dan sebagai pemimpin dengan prestasi kokurikulum murid (r=0.28, p<0.05). Namun analisis data menunjukkan korelasi positif yang sangat lemah antara fungsi pengetua sebagai pengelola dengan prestasi murid dalam kokurikulum (r=0.16, p<0.05) dan di antara fungsi pengetua sebagai pengawal dengan prestasi kokurikulum murid (r=0.18, p<0.05). Ini menunjukkan bahawa pengurusan kokurikulum oleh pengetua yang baik tidak memberi impak yang besar kepada penglibatan dan pencapaian murid dalam kokurikulum. Oleh itu, terdapat faktor-faktor lain yang menyumbang kepada peningkatan prestasi kokurikulum murid yang boleh dibuat kajian pada masa akan datang. Selain itu, pengetua disaran agar terus mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam pengurusan kokurikulum dengan mengikuti kursus kemahiran pentadbiran dan pengurusan pendidikan kokurikulum yang dianjurkan oleh Institut Aminuddin Baki (IAB) atau badan-badan kerajaan yang lain. Selain itu, pengetua boleh melaksanakan kursus kokurikulum secara dalaman dan berkala untuk guru-guru agar mereka mahir dan mempunyai ilmu untuk melaksanakan aktiviti kokurikulum dengan lebih berkesan. Pengetua juga wajar memberikan penghargaan dalam bentuk kewangan dan sijil penghargaan kepada guru dan pelajar yang berjaya dalam bidang kokurikulum agar menjadi motivasi kepada mereka untuk terus aktif dalam bidang kokurikulum.


Download File

[img]
Preview
PDF
FPP 2017 41 IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Student activities
Subject: High school principals
Call Number: FPP 2017 41
Chairman Supervisor: Soaib bin Asimiran, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 18 Apr 2019 14:36
Last Modified: 18 Apr 2019 14:36
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68219
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item