UPM Institutional Repository

Konflik-konflik dalam drama Shaharom Husain


Citation

Musa, Nurhayati Diyana (2015) Konflik-konflik dalam drama Shaharom Husain. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk meneliti konflik-konflik dalam drama Shaharom Husain. Hal ini demikian kerana, konflik merupakan suatu aspek yang penting untuk menggerakkan sesebuah penceritaan atau mengembangkan cerita. Walaupun demikian, terdapat pandangan yang mengaitkan bahawa dramatis Shaharom Husain kurang mengetengahkan konflik dalam drama-dramanya. Berdasarkan hal tersebut, kajian ini akan memberikan tumpuan terhadap aspek konflik yang terdapat dalam drama-drama Shaharom Husain. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kewujudan konflik dalam drama Shaharom Husain. Selain itu, menganalisis konflik yang terdapat dalam drama Shaharom Husain berdasarkan aspek kekuasaan, kemasyarakatan dan status atau kedudukan. Tumpuan perbincangan terhadap konflik-konflik dalam drama yang dikaji merangkumi tiga aspek iaitu kekuasaan, kemasyarakatan dan status atau kedudukan berasaskan faktor konflik antara individu dengan individu, individu dengan masyarakat, individu dengan alam dan individu dengan Tuhan. Penganalisisan terhadap tiga aspek konflik tersebut dikesan melalui dialog, watak dan perwatakan, pemerian penceritaan mahupun latar. Kaedah kajian yang digunakan di dalam kajian ini adalah kaedah kepustakaan dan analisis teks. Bagi mencapai objektif kajian ini, analisis dibuat berdasarkan pendekatan konflik Morton Deustch (2006) dan model R. Lina: Komunikasi Dua Hala Terancang (2013). Dapatan kajian menunjukkan bahawa aspek konflik kekuasaan meliputi persoalan konflik permusuhan dalam kalangan pembesar, konflik penyalahgunaan kuasa, konflik mempertahankan kuasa dan konflik perebutan kuasa. Dalam konteks konflik kemasyarakatan, persoalan konflik yang dikemukakan berhubung konflik mempertahankan adat dan kepercayaan, konflik percintaan, konflik perjuangan, konflik kekeluargaan dan konflik kepercayaan terhadap Tuhan. Sementara itu, persoalan konflik status atau kedudukan pula merangkumi konflik penindasan dan konflik ketidaksamarataan taraf.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2015 103 IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Drama - Collections
Subject: Drama - History and criticism
Call Number: FBMK 2015 103
Chairman Supervisor: Roslina Binti Abu Bakar, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 28 Mar 2019 08:27
Last Modified: 28 Mar 2019 08:27
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67874
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item