Simple Search:

Pengaruh positif dan negatif dalam games di internet kepada psikologi kanak-kanak


Citation

Abd. Nasir, Siti Noridayu (2018) Pengaruh positif dan negatif dalam games di internet kepada psikologi kanak-kanak. In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc) 2018, 15 Dec. 2018, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 373-382).

Abstract / Synopsis

Dunia tanpa sempadan kini tidak membataskan sebarang informasi disampaikan kepada semua peringkat usia. Hal ini termasuklah pengaruh permainan pelbagai jenis games di internet. Kepesatan dunia maya membolehkan games dimuat turun secara terus oleh semua individu. Selain itu, permainan games memberikan kesan negatif dalam aspek kesihatan seperti mengalami ketagihan, masalah penglihatan dan obesiti. Tidak terkecuali juga kesan negatif dalam sosial dan komunikasi kanak-kanak apabila mengalami ketagihan permainan games. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi memperjelaskan tentang beberapa contoh permainan games di internet yang mempunyai unsur positif dalam perkembangan pembelajaran kanak-kanak dan negatif terhadap perkembangan psikologi mereka. Seterusnya, kajian ini meneliti masalah dari aspek kesihatan fizikal serta mental kanak-kanak akibat permainan games yang melampau. Kajian ini menerapkan Teori yang dikemukakan oleh Robert Havinghurst yang berteraskan sosiobudaya dan antropologi. Malahan, kajian ini bertujuan mencadangkan beberapa langkah bagi mengawal ketagihan dalam permainan games terhadap kanak-kanak. Adalah diharapkan kajian yang dijalankan ini dapat memberikan panduan kepada ibu bapa dan penjaga kanak-kanak tentang had masa bermain dan pemilihan permainan games di internet yang sesuai.


Download File

[img] PDF
GREDUC_2018-35.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (129kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Games; Positive and negative; Robert Havinghurst theory of children development
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 10 Apr 2019 09:41
Last Modified: 10 Apr 2019 09:41
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67793
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item