UPM Institutional Repository

Penerapan nilai akhlak murid sekolah rendah menerusi kaedah pembiasaan


Citation

Muhd Fauzi, Ainul Widad and Suhid, Asmawati and Mohd Fakhruddin, Fathiyah (2018) Penerapan nilai akhlak murid sekolah rendah menerusi kaedah pembiasaan. In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc) 2018, 15 Dec. 2018, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 364-372).

Abstract

Akhlak adalah asas utama dalam Islam dan menjadi salah satu tunjang utama dalam pembinaan sahsiah diri manusia. Pembentukan akhlak murid merupakan salah satu elemen penting dalam pelaksanaan Pendidikan Islam. Dalam perkembangan pendidikan abad ke 21, masalah keruntuhan akhlak semakin serius terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Oleh itu, guru Pendidikan Islam sebagai medium penting untuk membina sahsiah diri murid perlu memahami dan menguasai pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai bagi memastikan nilai akhlak diterap dengan berkesan. Ini selari dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 untuk melahirkan murid yang mempunyai pegangan agama kukuh serta penghayatan akhlak yang mendalam. Kajian yang dijalankan ini bagi meneroka kaedah pembiasaan yang dilaksanakan guru Pendidikan Islam dalam pengajaran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru Pendidikan Islam menekankan kaedah pembiasaan menerusi pembiasaan ibadah solat, ibadah umum dan kebersihan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan temu bual sebagai kaedah utama dan diikuti dengan pemerhatian untuk pengumpulan data. Teknik persampelan yang digunakan ialah persampelan bertujuan seramai lapan orang peserta yang terlibat dalam kajian ini.


Download File

[img] Text
GREDUC_2018-34.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (148kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Inculcate; Moral behavior; Habituation theory
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 10 Apr 2019 01:40
Last Modified: 10 Apr 2019 01:40
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67792
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item