UPM Institutional Repository

Hubungan antara motivasi intrinsik dengan kemahiran kebolehdapatan kerja dalam kalangan pelajar seni kulinari kolej vokasional


Citation

Mohamed, Hanis and Mohd Puad, Mohd Hazwan (2018) Hubungan antara motivasi intrinsik dengan kemahiran kebolehdapatan kerja dalam kalangan pelajar seni kulinari kolej vokasional. In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc) 2018, 15 Dec. 2018, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 302-312).

Abstract

Masalah penguasaan kemahiran kebolehdapatan kerja dalam kalangan pekerja atau graduan telah menjadi isu dalam industri hospitaliti seperti bidang hotel dan katering. Majikan dalam bidang ini telah memberikan persepsi yang negatif dalam penguasaan kemahiran berkomunikasi, kemahiran berfikir secara kritis, kemahiran interpersonal, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, kemahiran kepimpinan dan kemahiran keusahawanan terhadap graduan hotel dan katering. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan di antara kemahiran kebolehdapatan kerja pelajar Seni Kulinari dengan persepsi tahap motivasi intrinsik pelajar. Populasi kajian ini ialah pelajar tahun akhir Seni Kulinari di Zon Tengah Semenanjung Malaysia. Seramai 42 orang pelajar Seni Kulinari tahun akhir Diploma Vokasional Malaysia (DVM) telah terlibat sebagai sampel dalam kajian ini. Pemilihan sampel dijalankan secara rawak berstrata berkadaran dan data dianalisis secara deskriptif dan inferens. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap motivasi intrinsik dan tahap kemahiran kebolehdapatan kerja dalam kalangan pelajar Seni Kulinari Kolej Vokasional di Zon Tengah berada pada tahap yang tinggi. Analisis menunjukkan tiada hubungan yang signifikan antara motivasi intrinsik dengan kemahiran kebolehdapatan kerja dalam kalangan pelajar Seni Kulinari Kolej Vokasional di Zon Tengah Semenanjung Malaysia. Kajian menunjukkan motivasi semasa pelajar tidak memberikan kesan yang signifikan ke atas penguasaan kemahiran kebolehdapatan kerja sedia ada pelajar. Pelaksanaan modul kemahiran kebolehdapatan kerja dalam kalangan pelajar kolej vokasional dapat mendedahkan pelajar dengan keperluan industri selain daripada kemahiran teknikal. Penguasaan kemahiran kebolehdapatan kerja pelajar kolej vokasional diharapkan dapat memberi panduan kepada mereka semasa menjalani On Job Training (OJT) dan seterusnya ke alam pekerjaan. Pelajar yang bermotivasi tinggi secara tidak langsung akan terdorong secara semula jadi untuk meningkatkan lagi kemahirannya sebagai satu keperluan dalam kerjaya.


Download File

[img] Text
GREDUC_2018-29.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (176kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Employability skills; Motivation intrinsic
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 10 Apr 2019 01:40
Last Modified: 10 Apr 2019 01:40
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67782
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item