UPM Institutional Repository

Teknik imlak berimbuhan 'meN-' bagi kata dasar bermula huruf k, p, t dan s untuk membina ayat yang betul


Citation

Mahalingam, Vijayakumar and Said, Rozita @ Radhiah (2018) Teknik imlak berimbuhan 'meN-' bagi kata dasar bermula huruf k, p, t dan s untuk membina ayat yang betul. In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc) 2018, 15 Dec. 2018, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 232-240).

Abstract

Kajian tindakan ini dijalankan sebagai satu alternatif untuk mengatasi kesalahan penggunaan imbuhan dalam ayat oleh murid tahun 6 di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Imbuhan penting kerana melalui proses pengimbuhan perkataan baharu akan dibina dengan mendukung fungsi bahasa serta fungsi semantik yang baharu juga. Proses pengimbuhan awalan meN- bukanlah satu proses yang mudah difahami terutamanya dalam kalangan murid bukan penutur jati bahasa Melayu. Seramai 15 orang murid terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui praujian. Hasil tinjauan menunjukkan murid kerap kali melakukan kesalahan semasa membina ayat dengan menggunakan perkataan berimbuhan kerana mereka kurang memahami penggunaan kata dasar yang diimbuhkan dan membawa maksud yang berlainan. Kajian tindakan ini berfokus kepada penggunaan teknik imlak sebagai latih tubi dalam kalangan murid untuk membina ayat. Murid didedahkan dengan kaedah imlak selama satu jam setiap hari selama enam minggu untuk membiasakan mereka dengan seberapa banyak perkataan yang mengandungi imbuhan meN-. Maksud imlak ialah mendengar dan menulis semula petikan yang diperdengar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 33% murid yang salah membina 20 ayat atau betul sekurang-kurangnya satu ayat sahaja telah berkurangan kepada 0% dalam pascaujian. Keputusan pascaujian telah menunjukkan peningkatan prestasi murid dalam membina ayat. Dapatan pemerhatian pula menunjukkan murid lebih seronok belajar mata pelajaran Bahasa Melayu sekiranya melibatkan penggunaan bahan ransangan dan aktiviti yang pelbagai.


Download File

[img] Text
GREDUC_2018-21.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (265kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Imlak technique; Prefix; Building sentences; Base word
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 10 Apr 2019 01:38
Last Modified: 10 Apr 2019 01:38
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67762
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item