UPM Institutional Repository

Kebolehsuaian kerjaya pelajar institusi latihan kemahiran awam Malaysia


Citation

Zahari, Zulhazmi and Omar, Muhd Khaizer (2018) Kebolehsuaian kerjaya pelajar institusi latihan kemahiran awam Malaysia. In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc) 2018, 15 Dec. 2018, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 123-129).

Abstract

Dalam perubahan dunia tanpa sempadan, perkembangan Revolusi Industri secara tidak langsung telah membawa impak kepada pengangguran dan pembangunan belia. Selaras dengan perubahan dan perkembangan revolusi ini, kemahiran kebolehsuaian kerjaya graduan adalah perlu diberikan perhatian oleh institusi-institusi pendidikan bagi memenuhi keperluan industri. Walau bagaimanapun, literatur telah menunjukkan bahawa kemahiran kebolehsuaian kerja telah diuji secara meluas dalam menyediakan pelajar yang boleh memperkasakan kemahiran kebolehsuaian kerjaya. Kertas konsep ini mengemukakan dimensi-dimensi kebolehsuaian kerjaya dalam kalangan pelajar di Institusi Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional dan seterusnya membincangkan perhubungan di antara keprihatinan kerjaya masa depan, orientasi matlamat kendiri, dan penerimaan sokongan sosial terhadap kebolehsuaian kerjaya dalam kalangan pelajar di Institusi Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional. Kajian ini berbentuk kuantitatif akan dijalankan melalui set soal selidik ke atas peserta untuk pengumpulan data. Statistik deskriptif (frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai), begitu juga dengan statistik inferens akan digunakan untuk menganalisis data berdasarkan soalan-soalan kajian dan hipotesis kajian.


Download File

[img] Text
GREDUC_2018-9.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (147kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Career adaptability; Technical and vocational education and training
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 09 Apr 2019 03:54
Last Modified: 09 Apr 2019 03:54
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67746
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item