UPM Institutional Repository

Penggunaan flora sebagai perumpamaan di dalam al-Quran


Citation

Saleh, Solehah (2017) Penggunaan flora sebagai perumpamaan di dalam al-Quran. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Allah S.W.T menggunakan flora sebagai perumpamaan untuk memberi pengaruh yang positif kepada jiwa manusia. Flora yang dinyatakan secara khusus dalam al-Qur’an al- Karim mempunyai kelebihan, keistimewaan dan terdapat juga hikmah yang tersendiri sehingga flora tersebut dinyatakan oleh Allah S.W.T dalam al-Qur’an. Hal ini menimbulkan persoalan mengapa flora tertentu sahaja dijadikan sebagai perumpamaan dalam al-Qur’an? Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis flora, menghuraikan bentuk pembahagian perumpamaan flora serta menjelaskan hikmah penggunaan flora tersebut sebagai perumpamaan dalam al-Qur’an. Kajian ini berbentuk kajian kepustakaan melalui pendekatan kualitatif. Kaedah analisis kandungan digunakan bagi menganalisis ayat yang mengandungi perumpamaan dalam al-Qur’an dari aspek flora. Ayat-ayat ini dihuraikan secara deskriptif berpandukan pendekatan ‘Abd al- Rahmān Hasan Habannakah Al-Maidāniy. Analisis I'jāz bayānīy dan I‘jāz ‘ilmīy digunakan bagi menghasilkan kajian yang lebih mendalam. Dapatan kajian mendapati terdapat lapan jenis flora yang digunakan sebagai perumpamaan dalam al-Qur’an, iaitu: pokok kurma, biji benih, pokok, kayu, daun, rumput, tandan, dan tanaman. Kajian juga mendapati bentuk pembahagian perumpamaan flora tergolong dalam bentuk al-Basīt dan al-Murakkab. Bentuk pembahagian flora juga mengandungi dua pembahagian iaitu (ḥissīy- ḥissīy) (‘aqlīy-ḥissīy) dan (haqīqīy-khayālīy). Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat empat kategori hikmah dalam perumpamaan flora iaitu ganjaran baik, balasan buruk, bukti kekuasaan Allah S.W.T serta kemuliaan dan kehinaan.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2017 60 IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Koran - Language, style
Subject: Metaphor in the Qurʼan
Call Number: FBMK 2017 60
Chairman Supervisor: Mohd Sukki Othman, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 14 Mar 2019 07:32
Last Modified: 14 Mar 2019 07:32
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67391
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item