UPM Institutional Repository

Keperluan sistem perlindungan sosial berasaskan komuniti dalam kalangan pesawah di kawasan pertanian Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)


Citation

Sahul Hameed, Mohamad Noor Firdaus (2017) Keperluan sistem perlindungan sosial berasaskan komuniti dalam kalangan pesawah di kawasan pertanian Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA). In: Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS) 2017, 29 Nov. 2017, sains@usm, Bukit Jambul, Penang, Malaysia. (pp. 715-721).

Abstract

Pada masa ini, sistem perlindungan sosial merupakan suatu keperluan kepada mereka yang terlibat dalam semua sektor pekerjaan seperti pencen kepada pekerja Kerajaan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada pekerja sektor swasta. Asas utama sistem ini adalah untuk memberikan perlindungan bagi mengatasi masalah kemiskinan, bantuan kewangan dan jaminan masa hadapan. Namun, tiada sistem perlindungan sosial berstruktur diperkenalkan kepada pekerja bagi sektor tidak formal di Malaysia. Kajian ini bertujuan mengkaji mengenai keperluan untuk mewujudkan sistem perlindungan sosial di kalangan pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA). Data kajian ini adalah berdasarkan data kajian rintis yang dijalankan dengan melibatkan seramai 30 orang responden di Wilayah III (Pendang, Kedah) MADA yang melibatkan kawasan AIII – Hutan Kampong, Alor Star. Sebagai rumusan, kajian ini akan menentukan sama ada terdapat keperluan untuk mewujudkan sistem perlindungan sosial dalam kalangan pesawah atau sebaliknya. Sekiranya terdapat keperluan, kajian ini akan mencadangkan supaya suatu model sistem perlindungan yang khusus dan sesuai dengan keperluan pesawah diwujudkan bagi memberikan perlindungan kepada pesawah.


Download File

[img] Text
SSPIS-2.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (183kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Human Ecology
Publisher: School of Social Sciences, Universiti Sains Malaysia
Keywords: Social protection; Informal sector; Paddy farmers
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 06 Mar 2019 05:42
Last Modified: 06 Mar 2019 05:42
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67093
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item