UPM Institutional Repository

Potensi sisa kumbahan sebagai tenaga diperbaharui


Citation

Abdul Rahman, Haliza (2017) Potensi sisa kumbahan sebagai tenaga diperbaharui. In: 6th International Conference on Social Sciences and Humanities (ICOSH-UKM 2017), 4-6 Apr. 2017, Dewan Perdana FSSK, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. (pp. 196-202).

Abstract

Tenaga amat diperlukan terutama dalam proses pembangunan sesebuah negara. Terkini, Malaysia mengekstrak petroleum dan gas asli sebagai sumber tenaga untuk kegunaan tempatan, tetapi dalam jangka masa panjang, bahan mentah ini akan kehabisan. Rentetan itu, kerajaan telah mengambil inisiatif dalam mempelbagaikan sumber tenaga, antaranya dengan menggunakan tenaga daripada sisa kumbahan sebagai sumber tenaga diperbaharui. Kumbahan merupakan cecair buangan dari tandas yang dilepaskan dari kawasan perumahan, premis perniagaan atau industri. Secara teknikalnya, kumbahan merupakan air sisa yang mengandungi bahan pepejal organik dan tak organik, mikroorganisma sama ada patogen atau tidak serta terdiri daripada 99.9% air dan 0.1 % pepejal. Setiap tahun, Malaysia telah menghasilkan sebanyak 3 juta meter padu sisa kumbahan dan dijangka akan meningkat kepada 7 juta meter padu menjelang tahun 2020. Kos pengurusan bagi merawat sisa kumbahan ini menelan belanja melebihi RM1 juta. Justeru, sisa kumbahan mempunyai potensi yang sangat besar bagi sektor tenaga diperbaharui kerana ianya boleh ditukar menjadi biogas/biometana yang kemudian digunakan bagi menghasilkan tenaga elektrik bagi keperluan pengguna dan industri. Selain boleh dihasilkan secara terus menerus, sisa kumbahan juga selamat, menjimatkan dan tidak memudaratkan alam sekitar.


Download File

[img] Text
ICOSH-2.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (17MB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Medicine and Health Science
Publisher: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Malaysia; Renewable energy; Sewage; Biogas; Development
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 06 Mar 2019 05:38
Last Modified: 06 Mar 2019 05:38
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67021
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item