UPM Institutional Repository

Simbolisme dalam seni pertukangan perahu tradisional Melayu di Pantai Timur


Citation

Abdul Wahab, Mohd Rohaizat and Nik Abd. Rahman, Nik Hassan Shuhaimi and Ramli, Zuliskandar (2014) Simbolisme dalam seni pertukangan perahu tradisional Melayu di Pantai Timur. In: 1st International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA2014), 25-27 Nov. 2014, School of the Arts, Universiti Sains Malaysia. (pp. 1-8).

Abstract

Masyarakat di Pantai Timur sangat kaya dengan seni tampak dan seni persembahan yang diwarisi sejak zaman berzaman. Seni ini juga didapati mempunyai persamaan di tiga buah negeri yang berbeza walau pun terdapat jurang perbezaan geografi. Persamaan ini boleh didapati dalam dialek, bahasa, persembahan, binaan dan artifak warisan silam. Kemahiran pertukangan Melayu juga dikuasai oleh masyarakat Melayu di Pantai Timur dan ia juga dihasilkan dengan penuh seni dan bergaya. Artifak seperti perahu, rumah dan perabot masih lagi dapat dilihat sehingga sekarang dan mempunyai nilai seni yang tinggi. Kertas ini bertujuan untuk memaparkan simbol-simbol yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu pada seni pertukangan perahu. Seni ini dapat dilihat pada ukiran dan lukisan yang dihasilkan pada perahu tradisional Melayu di Pantai Timur. Kesenian ini yang bukan sahaja berfungsi sebagai perhiasan dan keindahan malah ia mempunyai perlambangan dan simbolik yang tersendiri. Seni perhiasan yang dihasilkan ini menunjukkan bahawa 3 perkara utama perlu ada dalam kesenian Melayu iaitu fungsi, estetika dan etika. Kepercayaan tentang adanya kuasa ghaib yang memelihara dan menjaga keselamatan mereka di laut dan keupayaan mereka mendapatkan sumber pendapatan daripada hasil laut mendasari penghasilan kesenian perhiasan perahu ini.


Download File

[img] Text
Reka2014-2.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (383kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Institute for Mathematical Research
Keywords: Symbolism; Environment; Carpentry; Boat
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 06 Mar 2019 05:33
Last Modified: 06 Mar 2019 05:33
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66986
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item