UPM Institutional Repository

Penglibatan dalam aktiviti agro-pelancongan di kalangan komuniti Desa Wawasan Nelayan di Semenanjung Malaysia


Citation

Muhammad, Mahazan and Hamzah, Azimi and Md. Yassin, Sulaiman and Abu Samah, Bahaman and Mohamed Shaffril, Hayrol Azril and Tiraieyari, Neda and Alby, Jeffrey Lawrence D'Silva (2012) Penglibatan dalam aktiviti agro-pelancongan di kalangan komuniti Desa Wawasan Nelayan di Semenanjung Malaysia. In: Seminar Hasil Penyelidikan IPSAS 2012, 15 Dis. 2012, Universiti Putra Malaysia. (pp. 108-117).

Abstract

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dengan kerjasama Persatuan Nelayan Kawasan dan Persatuan Nelayan Negeri telah mewujudkan satu produk pelancongan baru yang dinamakan agro-pelancongan nelayan di Desa Wawasan Nelayan. Penglibatan komuniti setempat dalam program agro-pelancongan ini adalah penting kerana ianya kunci kejayaan kepada program ini yang secara tidak langsung berpotensi memberi impak positif kepada ekonomi dan memperkasakan komuniti setempat.Oleh kerana itu, kajian ini telah dijalankan bagi mengkaji tahap penglibatan penduduk Desa Wawasan Nelayan dalam aktiviti agro-pelancongan di tempat mereka. Sejumlah seribu seratus (1100) responden dipilih secara rawak dari sepuluh (10) buah kampung di semenanjung Malaysia yang tersenarai sebagai Desa Wawasan Nelayan. Dapatan kajian hasil analisis yang dibuat menggunakan perisian SPSS menunjukkan tahap keseluruhan penglibatan komuniti Desa Wawasan Nelayan dalam aktiviti agro-pelancongan adalah pada tahap yang sederhana (M=2.70, S.P=.78). Manakala bagi analisis perkaitan dan perbezaan, hasil kajian mendapati bahawa terdapatnya perkaitan yang signifikan bagi pembolehubah umur (p=.001) dan pendapatan bulanan (p=.000) terhadap penglibatan penduduk dalam aktiviti agro-pelancongan pada pada nilai keertian p<.01. Bagi perbezaan pula, terdapatnya perbezaan yang signifikan dalam penglibatan penduduk berdasarkan pembolehubah jantina (t=6.843, p=.000), status perkahwinan (t=-4.131, p=.000), keahlian dalam organisasi (t=-11.867, p=.000), dan kesedaran terhadap program Desa Wawasan Nelayan (t=-7.614, p=.000) pada pada nilai keertian p<.05. Berdasarkan hasil kajian ini, dicadangkan supaya pihak yang berkaitan meningkatkan usaha untuk melibatkan komuniti tempatan dalam program agro-pelancongan yang dibuat di kawasan mereka supaya impak positif ekonomi dan sosial-budaya dapat diperolehi oleh komuniti setempat. Secara tidak langsung dapat mendidik dan memperkasakan komuniti setempat sekaligus dapat mewujudkan industri agro-pelancongan yang mampan.


Download File

[img] Text
IPSAS_2012-9.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (180kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Institute for Social Science Studies
Publisher: Universiti Putra Malaysia
Keywords: Agro-tourism; Desa Wawasan Nelayan; Participation
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 06 Mar 2019 05:33
Last Modified: 06 Mar 2019 05:33
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66977
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item