Simple Search:

Hubungan di antara sikap, pengetahuan dan sokongan terhadap penerimaan pertanian mapan dalam kalangan petani ladang kontrak di Malaysia


Citation

Azman, Azmariana and Alby, Jeffrey Lawrence D'Silva and Abu Samah, Bahaman and Man, Norsida and Mohamed Shaffril, Hayrol Azril (2012) Hubungan di antara sikap, pengetahuan dan sokongan terhadap penerimaan pertanian mapan dalam kalangan petani ladang kontrak di Malaysia. In: Seminar Hasil Penyelidikan IPSAS 2012, 15 Dis. 2012, Universiti Putra Malaysia. (pp. 5-14).

Abstract / Synopsis

Praktis pertanian mampan dikenalpasti sebagai satu teknik yang paling berkesan untuk mengusahakan tanaman. Bagi memastikan kelangsungan praktis tersebut, para petani perlu menerima dan mengaplikasikan kaedah ini keatas tanaman mereka. Banyak kajian antarabangsa yang mendapati sikap, pengetahuan, dan sokongan sebagai factor utama yang mempengaruhi penerimaan pertanian mampan dalam kalangan petani, tetapi masih kurang kajian yang sama di Malaysia. Bagi mengurangkan jurang kajian, objektif utama kajian ini adalah untuk menerangkan perhubungan antara sikap, pengetahuan dan sokongan terhadap penerimaan pertanian mampan dalam kalangan petani ladang kontrak di Malaysia. Kajian ini adalah kajian kuantitatif dan jumlah responden yang terlibat adalah seramai 326 orang bagi proses pengumpulan data. Data diperoleh dari borang soal selidik yang telah dibangunkan. Analisis kajian membuktikan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara sikap petani ladang kontrak dan penerimaan pertanian mampan (r=0.498, p=0.00). Pengetahuan petani kontrak dan juga penerimaan pertanian mampan juga menunjukkan terdapat perkaitan signikan antara dua angkubah ini (r= 0.348, 0.00). Selain itu, factor sokongan juga mempunyai perkaitan dengan penerimaan pertanian mampan (r=0.365, p=0.00). Kesimpulannya, petani perlu mempunyai sikap yang positif dan mempunyai pengetahuan yang cukup serta mampu memperoleh sokongan dari semua pihak untuk menggalakkan mereka mengimplementasikan pertanian mampan dalam praktis pertanian mereka.


Download File

[img] PDF
IPSAS_2012-1.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (153kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Agriculture
Institute for Social Science Studies
Publisher: Universiti Putra Malaysia
Keywords: Attitude; Knowledge; Support; Acceptance; Sustainable agriculture; Contract farmers
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 06 Mar 2019 13:32
Last Modified: 06 Mar 2019 13:32
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66969
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item