UPM Institutional Repository

Modal sosial dalam kalangan komuniti nelayan Teluk Gong Pelabuhan Klang


Citation

Suandi, Turiman and Ahmad, Nobaya and Dahalan, Dzuhailmi and Hamzah, Mohammad Rezal and Uli, Jegak and Othman, Jamilah and Abdullah, Nor Azliza Wanis (2009) Modal sosial dalam kalangan komuniti nelayan Teluk Gong Pelabuhan Klang. In: Seminar Hasil Penyelidikan IPSAS 2009, 19 Nov. 2009, Pusat Pendidikan Luar, Universiti Putra Malaysia. (pp. 92-102).

Abstract

Modal sosial merupakan aset penting yang sangat mempengaruhi kekuatan dalam pembangunan sesebuah komuniti. Modal sosial adalah nilai keupayaan yang diperoleh daripada semua ahli komuniti untuk bekerjasama dan bersatu padu untuk kebaikan bersama (Montgomery, 1998). Kertas kerja ini adalah berasaskan kepada kajian modal sosial nelayan di Selangor yang menerangkan dapatan data kualitatif berdasarkan Perbincangan Kumpulan Berfokus (FGD) ke atas lima orang nelayan Kampung Teluk Gong di bawah persatuan nelayan kawasan terpilih (Persatuan Nelayan Kawasan Pelabuhan Klang) dan enam orang pegawai Bahagian Pembangunan Masyarakat dan Institusi Nelayan daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Hasil temu bual mendapati terdapat beberapa dimensi sosial seperti kumpulan dan rangkaian, kepercayaan dan perpaduan, tindakan kolektif dan kerjasama, sumber informasi dan komunikasi, kejelekitan sosial dan kebersamaan, serta pengupayaan dan tindakan berpolitik yang boleh mempengaruhi pembangunan sosioekonomi komuniti nelayan di Selangor. Ringkasnya, strategi pembangunan komuniti melalui pendekatan modal sosial perlu dilihat sebagai indikator penting kepada kejayaan sesebuah komuniti.


Download File

[img] Text
IPSAS_2009-5.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (172kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Faculty of Human Ecology
Institute for Social Science Studies
Publisher: Universiti Putra Malaysia
Keywords: Social capital; Community development; Fishing community
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 06 Mar 2019 05:30
Last Modified: 06 Mar 2019 05:30
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66932
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item