Simple Search:

Aplikasi ujian psikometrik dalam bimbingan & kaunseling kerjaya: sejauh mana impaknya?


Citation

Mohd Noah, Sidek (2018) Aplikasi ujian psikometrik dalam bimbingan & kaunseling kerjaya: sejauh mana impaknya? [Inaugural Lecture]

Abstract / Synopsis

Pemilihan bidang pengajian dan pekerjaan menjadi semakin rumit dan kompleks disebabkan terdapatnya pelbagai kebolehan dan keinginan manusia. Kemajuan yang semakin pesat yang dialami oleh negara menyebabkan bidang pendidikan dan pekerjaan berkembang begitu cepat. Sehubungan itu bidang pengajian yang ditawarkan di universiti berkembang dengan pesatnya, begitu juga nama pekerjaan yang wujud dalam pasaran pekerjaan. Pertumbuhan bidang pengkhususan pengajian dan pekerjaan ini sebahagian besarnya dijana oleh sistem ekonomi negara yang semakin maju dan kompleks selari dengan matlamat Wawasan 2020 dan Transformasi Negara 2050 (TN50). Keputusan individu dalam memilih sesuatu program pengajian atau pekerjaan boleh jadi tepat dan boleh jadi tidak tepat bergantung pada kematangan kerjaya ketika itu serta bimbingan yang diperoleh sebelum individu membuat keputusan. Namun, walau apa pun pilihan atau keputusan yang diambil oleh calon, sistem pemilihan yang berkesan yang diamalkan oleh sesebuah institusi pendidikan atau organisasi pekerjaan sepatutnya dapat mengenal pasti calon pelajar atau pekerja yang sesuai. Sistem pemilihan yang berkesan sepatutnya hanya menerima calon yang sesuai dan menolak atau menyalurkan semula calon yang tidak sesuai kepada program pengajian atau universiti lain yang lebih sesuai. Sistem pemilihan yang tidak atau kurang berkesan pula akan menerima campuran calon yang sesuai dan tidak sesuai. Pemilihan kerjaya yang sesuai dan selaras dengan ciri-ciri diri dapat mengurangkan dan mengelak daripada berlakunya pertukaran bidang pengajian atau pekerjaan. Implikasi daripada kenyataan ini ialah: 1) Perlunya mendapatkan “individu yang betul, untuk program pengajian yang betul” atau “individu yang betul, untuk pekerjaan yang betul” agar guna tenaga dapat dipertingkatkan ke tahap yang semaksimum mungkin; dan 2) Perlunya mendapatkan program pengajian atau pekerjaan yang selaras dengan ciri-ciri atau potensi diri individu agar motivasi, kepuasan, pencapaian, produktiviti dan stabiliti akan berada di tahap yang tertinggi. Ujian psikometrik boleh diaplikasikan oleh kaunselor kerjaya dalam membantu individu memilih kerjaya yang selaras dengan ciri-ciri diri. Ujin psikometrik juga boleh diaplikasikan untuk membantu institusi pendidikan dan pekerjaan dalam memilih calon pelajar atau pekerja yang sesuai di institusi masing-masing. Ujian psikometrik sebenarnya adalah suatu pendekatan yang memerlukan kaunselor menggunakan ujian psikologi (Sidek Mohd Noah, 2016b). Untuk tujuan itu kaunselor kerjaya perlu menguasai sekurang-kurangnya satu ujian minat kerjaya, satu ujian personaliti dan satu ujian nilai pekerjaan sebelum mereka boleh dianggap mempunyai kompetensi minimum dari segi penguasaan ujian psikologi dalam melaksanakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kerjaya (Sidek Mohd Noah, 2016). Di zaman yang serba moden dan mencabar ini, aplikasi ujian psikometrik atau ujian psikologi nampaknya semakin mendapat sambutan bukan sahaja dalam kalangan para kaunselor kerjaya, malahan agensi-agensi kerajaan mahupun swasta. Ujian psikologi umumnya digunakan untuk tujuan pemilihan serta penempatan pelajar dan pekerja. Di dalam syarahan inaugural ini, fokus perbincangan akan diberikan kepada aplikasi tiga ujian psikometrik yang dibangunkan oleh penulis dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kerjaya iaitu Inventori Minat Kerjaya Sidek (IMKS) (Sidek Mohd Noah, 2013c; 2010a), Inventori Personaliti Sidek (IPS) (Sidek Mohd Noah, 2013d; 2010b) dan Inventori Nilai Pekerjaan Sidek (INPS) (Sidek Mohd Noah, 2013b; 2010c).


Download File

[img]
Preview
PDF
20181019170550PROF._SIDEK_M._NOAH_with_cover.pdf

Download (8MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Inaugural Lecture
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Universiti Putra Malaysia Press
Keywords: Career counseling; Career choice; Psychometric tests
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 04 Mar 2019 08:34
Last Modified: 04 Mar 2019 08:34
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66824
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item