UPM Institutional Repository

Eksplorasi minat dan faktor dalam pemilihan kerjaya pertanian dalam kalangan belia


Citation

Sidek, Syahida and Mohd Puad, Mohd Hazwan (2018) Eksplorasi minat dan faktor dalam pemilihan kerjaya pertanian dalam kalangan belia. In: Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam (MEDC 2018), 7-8 Nov. 2018, Universiti Sultan Zainal Abidin. (pp. 1329-1336).

Abstract

Dalam memacu negara ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi, sektor pertanian negara perlu dipastikan terjamin dan terkawal, sama ada melalui penghasilannya atau melalui aktiviti perdagangan. Ini kerana sektor pertanian adalah sektor yang kritikal dan penting kepada negara kerana pertanian dapat menjamin sumber makanan dan kelangsungan kepada negara (Abdul Rashid et. al, 2009). Dalam memastikan jaminan dalam industri pertanian, keperluan tenaga kerja dan sumber manusia adalah isu utama yang perlu ditangani oleh negara. Maka, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu mengetuai usaha membekalkan tenaga kerja mahir mahu pun separa mahir dalam bidang pertanian. Isu pada hari ini ialah kurangnya penglibatan belia secara terus dalam bidang pertanian seterusnya menjadikan bidang pertanian bukan sebagai kerjaya pilihan. Ini berpunca dari minat mereka yang kurang untuk menceburi pertanian sebagai kerjaya pilihan (Rohana, 2010). Penyelidik telah menjalankan kajian untuk meneroka dengan lebih mendalam mengenai orientasi minat pelajar dalam memilih kerjaya pertanian. Seterusnya, kajian ini mengeksplorasi pembentukan minat pelajar termasuk juga faktor-faktor yang mempengaruhi minat pelajar ke arah bidang pertanian. Kajian ini telah dijalankan secara kualitatif dengan informan dalam kalangan pelajar yang mengambil bidang pertanian. Hasil dapatan kajian mendapati faktor keluarga, persekitaran, pengetahuan, dan diri sendiri menjadi faktor utama yang menyumbang kepada minat pelajar. Pihak pemegang taruh utama pendidikan dicadangkan memfokus kepada faktor-faktor tersebut dalam memastikan minat pelajar sentiasa tinggi untuk menjadikan kerjaya pertanian sebagai kerjaya utama. Ini penting bagi memastikan modal insan sentiasa cukup dan berkelayakan seterusnya dapat menjamin kelangsungan negara dalam bidang pertanian.


Download File

[img] Text
MEDC 2018-10.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (199kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin
Keywords: Interest; Family factor; Environmental factor; Knowledge factor; Individual factors; Career in agriculture
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 04 Mar 2019 00:28
Last Modified: 04 Mar 2019 00:28
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66702
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item