Simple Search:

Hubungan norma sosial, sikap dan efikasi keusahawanan dengan tekad keusahawanan dalam kalangan pelajar bidang teknologi maklumat di kolej komuniti


Citation

Abdullah, Arnida and Abu, Zunainah (2018) Hubungan norma sosial, sikap dan efikasi keusahawanan dengan tekad keusahawanan dalam kalangan pelajar bidang teknologi maklumat di kolej komuniti. In: Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam (MEDC 2018), 7-8 Nov. 2018, Universiti Sultan Zainal Abidin. (pp. 621-627).

Abstract / Synopsis

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap tekad keusahawanan, norma sosial, sikap, dan efikasi terhadap keusahawanan. Selain itu, kajian ini juga mengkaji hubungan antara norma sosial, sikap dan efikasi keusahawanan dengan tekad keusahawanan. Data kajian telah dikumpulkan secara kaedah tinjauan dengan mengggunakan borang soal selidik. Responden kajian terdiri daripada 187 pelajar semester akhir program Sijil Teknologi Maklumat di Kolej Komuniti Semenanjung Malaysia yang telah mengikuti modul keusahawanan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tekad keusahawanan pelajar adalah pada tahap sederhana tinggi (min=3.42, SP=.748). Seterusnya, analisis kolerasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara tekad keusahawanan dengan sikap terhadap keusahawanan, norma sosial dan efikasi keusahawanan. Hasil kajian yang diperolehi ini dapat memberikan gambaran kepada pihak pentadbir untuk mempergiatkan usaha dan meluaskan lagi program serta aktiviti pembudayaan keusahawanan di Kolej Komuniti bagi membina pengalaman serta keyakinan diri pelajar dan seterusnya meningkatkan tekad keusahawanan.


Download File

[img] PDF
MEDC 2018-6.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (205kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin
Keywords: Entrepreneurship; Intentions; Self-efficacy; Community college
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 04 Mar 2019 08:27
Last Modified: 04 Mar 2019 08:27
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66698
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item