UPM Institutional Repository

Scaffolding melalui pembelajaran berasaskan projek terhadap perubahan pencapaian murid: kajian dalam mata pelajaran prinsip perakaunan


Citation

Jamaluddin, Nor Sa'adah and Abdul Kadir, Suhaida and Abdullah, Arnida and Alias, Siti Noormi (2018) Scaffolding melalui pembelajaran berasaskan projek terhadap perubahan pencapaian murid: kajian dalam mata pelajaran prinsip perakaunan. In: Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam (MEDC 2018), 7-8 Nov. 2018, Universiti Sultan Zainal Abidin. (pp. 105-113).

Abstract

Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) merupakan antara strategi pengajaran dan pembelajaran yang seringkali diberikan penekanan dalam sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di sekolah. Bersesuaian dengan transformasi pendidikan negara, melalui pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), pengaplikasian PBP dilihat mampu menyumbang kepada kecemerlangan murid bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi membantu murid menguasai kepelbagaian kemahiran abad ke-21. Justeru itu, kajian ini dijalankan ke atas murid tingkatan 4 yang mengambil Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas (MPEI) Prinsip Perakaunan (PP) dengan menjadikan topik Penyata Kewangan Milikan Tunggal sebagai fokus utama dalam mengkaji kesan PBP ke atas perubahan pencapaian murid. Penggunaan modul khusus dalam tujuan kajian ini mengambil kira keterlibatan elemen scaffolding. Kajian ini menggunakan kaedah eksperimen kuasi yang melibatkan dua kumpulan fokus iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Sampel kajian ini adalah 40 orang murid tingkatan 4 di Sekolah Bina Insan-Yayasan MSU, Puchong, Selangor, yang mewakili 20 orang murid kumpulan rawatan dan 20 orang murid kumpulan kawalan. Dapatan analisis kajian menjelaskan wujud perbezaan yang siginifikan antara skor min kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Dapatan ini memberi gambaran bahawa melalui pengaplikasian PBP dengan scaffolding, pencapaian murid dalam pembelajaran mereka dapat dipertingkatkan sekaligus membuktikan pengaplikasian PBP dengan scaffolding wajar digunakan sebagai salah satu alternatif dalam sesi PdPc di sekolah dalam usaha memastikan kecemerlangan murid terus berkekalan.


Download File

[img] Text
MEDC 2018-1.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (345kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin
Keywords: Project-based learning; Scaffolding; Principle of Accounting
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 04 Mar 2019 00:17
Last Modified: 04 Mar 2019 00:17
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66687
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item