Simple Search:

Amalan sains sukan dalam pelaksanaan kokurikulum sukan di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)


Citation

Abdullah, Muhammad Nazrul Hakim and Rosli, Mohd Hafiz and Omar Fauzee, Mohd Sofian and Asmuni, Mohamad Nizam and Salleh, Ahmad Naszeri and Abdullah Zawawi, Ahmad Tajudin and Mohd Saderi, Shahrizal and Abdul Latif, Rozita (2013) Amalan sains sukan dalam pelaksanaan kokurikulum sukan di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). In: Persidangan Kebangsaan Pertama Program Pemindahan Ilmu (KTP 01), 21-23 Ogos 2013, Equatorial Hotel, Bangi. (pp. 1068-1077).

Abstract / Synopsis

Program ini menumpukan kepada tiga perkara utama iaitu; pertama, menyediakan satu modul khas untuk pelaksanaan kokurikulum sukan dalam sistem MRSM; kedua, memberikan latihan dan kemahiran kepada guru MRSM tentang sains sukan; dan ketiga, memberikan pendedahan dan kemahiran sains sukan kepada pelajar MRSM dalam kokurikulum sukan. Kursus Training of Trainer (T.O.T) 1 dan 2 telah dilaksanakan diperingkat guru penasihat kokurikulum MRSM. Diakhir program ini diharapkan seramai 46 orang Jurulatih Utama (J.U) MRSM, sekurang-kurangnya 470 (10 orang guru penasihat X 47 MRSM) orang guru dan 9400 (20 orang pelajar X 47 MRSM) orang pelajar MRSM akan menerima manfaat dari segi kemahiran dan pengetahuan dalam sains sukan modul kokurikulum MRSM. Pemantauan yang dilakukan mendapati bahawa; guru penasihat amat aktif dan mendapat banyak pengetahuan dan meningkatkan keyakinan diri mereka untuk melatih dan menguruskan kokurikulum sukan. Pengurusan MRSM amat menyokong dan mencadangkan agar semua guru MRSM diberikan T.O.T Modul Sains Sukan ini. Secara tidak langsung, program ini akan membantu memupuk amalan sains sukan dan gaya hidup sihat di kalangan guru dan pelajar MRSM. Modul Kurikulum Sains Sukan di MRSM akan bertindak sebagai rujukan dan panduan dalam sistem pendidikan MRSM pada masa hadapan.


Download File

[img] PDF
KTP13-125.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (979kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Sport Academy
Publisher: Program Pemindahan Ilmu - Kementerian Pendidikan Malaysia
Keywords: Training; Skills; Confident; Practice
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 13 Feb 2019 14:57
Last Modified: 13 Feb 2019 14:57
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66465
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item