UPM Institutional Repository

Keberkesanan penggunaan pengaturcaraan logo dalam pembelajaran topik geometri terhadap pencapaian matematik murid tingkatan dua


Citation

Awang, Liz Aliza (2015) Keberkesanan penggunaan pengaturcaraan logo dalam pembelajaran topik geometri terhadap pencapaian matematik murid tingkatan dua. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Perkembangan teknologi yang sungguh pesat pada masa kini menuntut transformasi dalam sistem pendidikan di Malaysia. Sejajar dengan itu, guru digesa melakukan inovasi dalam pembelajaran dengan mengintegrasikan teknologi dalam setiap cabang pembelajaran. Pengaturcaraan LOGO telah digunakan secara meluas di negara-negara maju seperti UK, US dan Jepun bagi tujuan mengembangkan daya penaakulan dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) murid. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan penggunaan pengaturcaraan LOGO terhadap pencapaian matematik murid tingkatan dua bagi topik geometri. Kajian ini turut mengkaji keterlibatan murid dalam proses pembelajaran menggunakan LOGO melalui tiga aspek iaitu aspek keterlibatan secara afektif, kognitif dan tingkahlaku. Seramai 36 murid ditempatkan dalam kumpulan eksperimen dan 36 murid lagi ditempatkan dalam kumpulan kawalan. Murid kumpulan eksperimen menjalani proses pembelajaran matematik menggunakan pengaturcaraan LOGO manakala murid kumpulan kawalan menjalani pembelajaran matematik menggunakan persembahan slaid PowerPoint. Tempoh pelaksanaan kajian adalah selama enam minggu. Reka bentuk kajian terbahagi kepada dua bahagian; Eksperimen Kuasi dan Metodologi-Q. Bahagian pertama kajian yang merupakan sebuah kajian Eksperimen Kuasi Pasca Ujian Sahaja telah membandingkan pencapaian matematik murid kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dalam ujian pasca. Pencapaian matematik diukur berdasarkan pencapaian secara keseluruhan, pencapaian berdasarkan soalan kemahiran berfikir aras rendah (KBAR) dan pencapaian berdasarkan soalan KBAT. Dua ujian pasca telah dijadikan instrumen untuk bahagian ini. Bahagian kedua kajian pula menggunakan kaedah Metodologi-Q bagi mendapatkan persepsi murid kumpulan eksperimen berkenaan keterlibatan mereka dalam proses pembelajaran matematik menggunakan pengaturcaraan LOGO. Instrumen yang digunakan adalah Set-Q yang terdiri daripada 32 pernyataan berkaitan dengan keterlibatan murid secara afektif, kognitif dan tingkahlaku. Analisis data untuk bahagian pertama kajian telah dilakukan menggunakan ujian-t bebas. Dapatan kajian mendapati murid kumpulan eksperimen menunjukkan pencapaian matematik secara keseluruhan dan pencapaian dalam soalan KBAT yang lebih baik dalam ujian pasca. Sementara itu, analisis data bahagian kedua dilakukan menggunakan perisian PQMethod 2.35. Melalui pernyataan konsensus dan pernyataan berbeza yang diperoleh, penyelidik mendapati penggunaan pengaturcaraan LOGO dalam pembelajaran matematik telah mempengaruhi keterlibatan murid secara afektif, kognitif dan tingkahlaku. Elemen keseronokan, pembinaan pengetahuan, pemikiran secara kritis dan penglibatan yang aktif di dalam kelas telah dikenalpasti sebagai faktor penting yang telah mempengaruhi pencapaian murid secara keseluruhan dalam topik geometri dan mempengaruhi keupayaan murid dalam KBAT.


Download File

[img]
Preview
Text
IPM 2015 12 upm IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Mathematics - Study and teaching (Secondary) - Malaysia
Subject: LOGO (Computer program language)
Subject: LOGO (Computer program language) - Study and teaching
Call Number: IPM 2015 12
Chairman Supervisor: Profesor Madya Rohani Ahmad Tarmizi, PhD
Divisions: Institute for Mathematical Research
Depositing User: Mohd Hafiz Che Mahasan
Date Deposited: 24 Jan 2019 00:17
Last Modified: 24 Jan 2019 00:17
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66462
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item