Simple Search:

41 Atlet UPM Bentuk Kontinjen Terbesar Malaysia Ke AUG Ke-15


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) 41 Atlet UPM Bentuk Kontinjen Terbesar Malaysia Ke AUG Ke-15. [UPM News]

Abstract / Synopsis

SERDANG, 14 DisemberSeramai 41 atlet Universiti Putra Malaysia (UPM) membentuk kontinjen negara terbesar ke Kejohanan Sukan Universiti ASEAN (AUG)ke-15,di Chiangmai, Thailand. Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) akan menghantar kontinjen seramai 227 atlet dari seluruh institusi pengajian tinggi dan 53 pegawai ke kejohanan pada 15 hingga 23 Disember depan. Pengerusi Jawatankuasa Penyediaan Atlet MASUM merangkap Ketua Pusat Sukan UPM, Hamzah Ismail akan memastikan prestasi atlet sentiasa berada di tahap yang tinggi untuk menghadapi kejohanan itu. Katanya kontinjen MASUM akan menyertai sebanyak 15 daripada 16 acara yang dipertandingkan dengan mensasarkan 24 pingat emas. Sementara itu Ketua Unit Hal Ehwal Atlet Pusat Sukan, Zainal Mukri berkata acara yang disertai atlet UPM ialah olahraga (18 atlet), taekwondo (5), karate-do (4), bola keranjang, bola tampar dewan dan badminton (masing-masing 3), tenpin bowling dan renang (masing-masing 2) dan bola tampar pantai (1). “Kami berharap atlet UPM bukan sahaja gah dari segi jumlah kontinjen teramai, tetapi harus meraih pingat yang terbanyak untuk Malaysia,” katanya ketika dihubungi. Terdahulu, majlis penyerahan Jalur Gemilang telah disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin kepada Ketua Kontinjen Malaysia ke temasya itu, Prof. Madya Dr. Kassim Md. Mansur di Auditorium Jurutera, Fakulti Kejuruteraan UPM pada 8 Disember lalu. Perkampungan kontinjen atlet bagi Program Latihan Pusat di bawah penyeliaan UPM telah diadakan dari 4 hingga 12 Disember lalu di UPM dan dirasmikan oleh Naib Canselornya, Prof Tan Sri Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah.


Download File

[img]
Preview
PDF
41_Atlet_UPM.pdf

Download (113kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Users 17 not found.
Date Deposited: 25 Oct 2008 03:33
Last Modified: 27 May 2013 14:50
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/663
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item