UPM Institutional Repository

Peristilahan bidang fesyen daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu


Citation

Amirul Razin, Amirra Shazreena and Subramaniam, Vijayaletchumy and Salleh, Che Ibrahim (2017) Peristilahan bidang fesyen daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Pertanika MAHAWANGSA, 4 (2). pp. 361-378. ISSN 2289-7259

Abstract

Kajian ini memfokuskan istilah fesyen bahasa Inggeris yang telah diubah ke bahasa Melayu serta menganalisis terma fashion daripada bahasa Inggeris yang tidak dapat diterjemahkan ke bahasa Melayu. Teori yang dimanfaatkan dalam kajian ini ialah teori Chaer dan Agustina (2004). Kajian ini terbatas pada terma bahasa yang digunakan dalam bidang fesyen di Malaysia. Seramai 30 orang pelajar program Bacelor Sastera (Kesusasteraan Inggeris), Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia telah dijadikan responden. Pelbagai rujukan ilmiah digunakan, borang soal selidik diedarkan kepada responden secara rawak, dan juga temu ramah bersama dua orang responden yang dipilih secara rambang digunakan sebagai instrumen dan wadah dalam kajian ini. Hasil dapatan dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Hasil analisis mendapati bahawa istilah fesyen di Malaysia masih digunakan dalam dua bahasa, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Namun begitu, kebanyakan istilah fesyen yang dikenali oleh responden terdiri daripada bahasa Inggeris kerana sesetengah terma pakaian tidak dapat diterjemahkan ke bahasa Melayu. Justeru, kajian ini diharapkan dapat membantu mempertingkatkan proses penggunaan istilah bahasa Melayu dalam bidang ini.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Peristilahan bidang fesyen daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu.pdf

Download (34kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Universiti Putra Malaysia Press
Keywords: Fashion; Terminology; Code-mixing; Trend; Vocabulary
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 12 Feb 2019 06:47
Last Modified: 12 Feb 2019 06:47
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66196
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item