UPM Institutional Repository

Penguasaan peribahasa dalam kalangan murid sekolah kebangsaan


Citation

Juki, Hamsiah and Salleh, Che Ibrahim (2017) Penguasaan peribahasa dalam kalangan murid sekolah kebangsaan. Pertanika MAHAWANGSA, 4 (2). pp. 345-360. ISSN 2289-7259

Abstract

Penguasaan Peribahasa di Sekolah Kebangsaan didapati sangat lemah dan memerlukan kajian khas untuk mengetahui masalah dan juga punca berlakunya masalah tersebut. Kajian ini dijalankan untuk menganalisis penggunaan peribahasa dalam pemahaman dan penulisan murid tahun enam dan melaksanakan program peningkatan penguasaan peribahasa. Sebanyak tiga program yang dijalankan untuk meningkatkan penguasaan peribahasa dalam kalangan murid sekolah kebangsaan, iaitu Program Juta Peribahasa, Program Sehari Satu Peribahasa dan warnai gayaku. Sebanyak 40 orang murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, yang terletak di kawasan pinggir bandar Mentakab dipilih sebagai sampel kajian. Pengumpulan data berasaskan kaedah tinjauan, yang melibatkan murid tahun enam. Pengkaji juga menggunakan soal selidik untuk mendapatkan data tentang pengetahuan dan penguasaan peribahasa murid tahun enam di sekolah kebangsaan. Kajian ini mendapati bahawa tiga program yang dijalankan, iaitu “Program Sehari Satu Peribahasa”, dan ”Warnai Gayaku” telah membantu peningkatan penguasaan peribahasa dalam kalangan pelajar dalam penulisan karangan.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Penguasaan peribahasa dalam kalangan murid sekolah kebangsaan.pdf

Download (47kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Universiti Putra Malaysia Press
Keywords: Proverb; Usage; Understanding; Writing; Ability
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 12 Feb 2019 06:47
Last Modified: 12 Feb 2019 06:47
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66195
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item