UPM Institutional Repository

Penggunaan frasa kerja dalam akhbar Harian Metro


Citation

Abdul Mutallib, Muhammad Fitri and Salleh, Che Ibrahim and Sha'ri, Sharil Nizam (2017) Penggunaan frasa kerja dalam akhbar Harian Metro. Pertanika MAHAWANGSA, 4 (2). pp. 329-344. ISSN 2289-7259

Abstract

Kata kerja merupakan elemen penting dalam tatabahasa tetapikesalahan penggunaannya masih berleluasa dalam masyarakat. Salah satu medium yang mudah untuk mendapatkan maklumat tentang penggunaan kata kerja dalam bentuk penulisan yang merangkumi struktur ayat, pembinaan ayat, dan sebagainya ialah akhbar. Namun begitu, terdapat juga kesalahan penggunaan frasa kerja dalam penulisan akhbar. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti dan menganalisis penggunaan frasa kerja dalam akhbar, khususnyaakhbar Harian Metro, berpandukan rumus frasa kerja Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, (2015). Hasil kajian mendapati bahawa kesalahan penggunaan frasa kerja dalam akhbar Harian Metrodapat dikategorikan kepada 5 kumpulan, iaitu frasa kerja dengan objek, frasa kerja dengan dua objek, frasa kerja dengan ayat komplemen, kata kerja tak transitif tanpa pelengkap dan unsur keterangan dalam frasa kerja. Kajian ini dapat menunjukkan bahawa tahap penguasaan tatabahasa seseorang penulis itu kurang memuaskan.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Penggunaan frasa kerja dalam akhbar Harian Metro.pdf

Download (34kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Universiti Putra Malaysia Press
Keywords: Verbs phrase; Newspaper; Formula; Object; Complement sentence
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 12 Feb 2019 06:47
Last Modified: 12 Feb 2019 06:47
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66194
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item