UPM Institutional Repository

Medan maklumat dalam Kamus Dewan dan Kamus Besar Bahasa Indonesia


Citation

Chong, Oi Chin and Subramaniam, Vijayaletchumy and Salleh, Che Ibrahim (2017) Medan maklumat dalam Kamus Dewan dan Kamus Besar Bahasa Indonesia. Pertanika MAHAWANGSA, 4 (2). pp. 285-307. ISSN 2289-7259

Abstract

Kajian bidang leksikografi ini menyelidik perbandingan medan maklumat antara dua buah kamus ekabahasa Melayu, iaitu Kamus Dewan Edisi Keempat dengan Kamus Besar Bahasa Indonesia Edisi Keempat. Medan maklumat merujuk kepada jenis maklumat dalam kamus seperti ejaan, sebutan, makna, tatabahasa, etimologi, penggunaan kata, silang kata, dan sebagainya Data kajian pula terdiri daripada 1087 entri yang dipilih secara rawak mudah dan bersistematik. Kaedah kajian ialah kaedah kepustakaan dan analisis kandungan. Data dianalisis secara deskriptif asas. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti penggunaan medan maklumat dalam Kamus Dewan dan Kamus Besar Bahasa Indonesia berdasarkan penggunaan prinsip umum leksikografi. Pelbagai aspek terkandung dalam medan atau kategori maklumat dalam sesebuah kamus. Sebanyak enam aspek sahaja yang akan dibincangkan dalam kajian ini, iaitu ejaan, penyusunan entri atau kata masukan, sebutan, penggunaan kata, etimologi, dan rujuk silang. Hasil kajian menunjukkan bahawa memang wujud perbedaan, persamaan dan kekurangan dalam medan maklumat keduadua buah kamus tersebut. Kelebihan dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan medan maklumat dalam sesebuah kamus ekabahasa Melayu membantu pihak penyusun kamus menghasilkan sesebuah kamus yang berwibawa. Kajian ini mendedahkan para pengguna, khususnya para pendidik, pelajar dan ahli akademik tentang kepentingan medan maklumat dalam kamus.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Medan maklumat dalam Kamus Dewan dan Kamus Besar Bahasa Indonesia.pdf

Download (35kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Universiti Putra Malaysia Press
Keywords: Comparison; Information field; Malay monolingual dictionaries; Entry and lexicography
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 12 Feb 2019 06:47
Last Modified: 12 Feb 2019 06:47
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66192
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item