Simple Search:

Penaakulan perkembangan tulisan Jawi mutakhir berdasarkan etimologi


Citation

Abdul Aziz, Adi Yasran and Wan Sulong, Wan Muhammad and Alias, Norhafiza (2017) Penaakulan perkembangan tulisan Jawi mutakhir berdasarkan etimologi. Pertanika MAHAWANGSA, 4 (2). pp. 187-200. ISSN 2289-7259

Abstract / Synopsis

Teori evolusi Jawi Kang Kyoung Seock (1993) berakhir pada 1986 apabila Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan diterbitkan pada tahun tersebut seolah-olah pedoman tersebut adalah muktamad dan tiada lagi perubahan pada sistem ejaan Jawi. Bagaimanapun, hasil penelitian yang dilakukan didapati bahawa masih banyak perubahan sistem ejaan yang berlaku dari tahun tersebut sehingga buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi – Sebutan – Jawi Edisi Kedua (2008) diterbitkan. Maka seharusnya buku ini dijadikan sebagai pegangan muktamad pada masa ini. Dalam buku ini, terdapat sistem ejaan bagi kata serapan bahasa Arab dan kata serapan Inggeris, namun sistem ejaan kata Melayu jati tidak dinyatakan dengan jelas dan banyak kekecualian berlaku. Hal ini telah menyebabkan beberapa isu timbul seperti pengejaan kata dasar dua suku kata yang mengecualikan hukum – rama pada akhir kata, kaedah umum ejaan kata serapan Arab dan ejaan ta marbutah, dan ejaan untuk gugus konsonan pada akhir kata bagi kata serapan Inggeris. Oleh itu, kajian ini bertujuan menganalisis perkembangan sistem ejaan Jawi mutakhir berdasarkan etimologi yang dapat difahami daripada buku tersebut. Kaedah yang digunakan dalam analisis ini ialah kaedah perbandingan, iaitu membandingkan buku pedoman ejaan Jawi yang dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sejak 1986. Hasil penaakulan mendapati bahawa analisis berdasarkan pendekatan etimologi mampu mengurangkan kekecualian dan kekeliruan sebelum ini.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Penaakulan perkembangan tulisan Jawi mutakhir berdasarkan etimologi.pdf

Download (49kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Universiti Putra Malaysia Press
Keywords: Jawi; Malay language; Graphology; Orthography; Etymology
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 12 Feb 2019 14:46
Last Modified: 12 Feb 2019 14:46
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66188
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item