UPM Institutional Repository

Hubungan antara ciri keusahawanan dan persekitaran kolej dengan komitmen pensyarah dalam pelaksanaan program School Enterprise di kolej vokasional


Citation

Abdullah, Norlia and Asimiran, Soaib and Abdul Kadir, Suhaida (2015) Hubungan antara ciri keusahawanan dan persekitaran kolej dengan komitmen pensyarah dalam pelaksanaan program School Enterprise di kolej vokasional. In: Graduate Research in Education (GREDuc) 2015 Seminar, 20 Dec. 2015, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 433-441).

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan antara ciri keusahawanan dan persekitaran kolej dengan komitmen pensyarah dalam pelaksanaan Program School Enterprise di Kolej Vokasional. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik. Seramai 415 orang pensyarah bidang vokasional daripada 80 buah Kolej Vokasional telah dipilih untuk dijadikan sampel kajian menggunakan teknik persampelan rawak berkadaran. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang diubahsuai berdasarkan kajian oleh Morrow (2004) untuk mengukur komitmen kerja, kajian oleh Yusof, Sandhu dan Singh (2007) untuk mengukur ciri keusahawanan dan kajian oleh Johnson & Stevens (2001) bagi mengukur pemboleh ubah persekitaran kolej. Analisis korelasi menunjukkan wujud hubungan yang signifikan bagi ciri keusahawanan (r = 0.648, p = 0.01) dan persekitaran kolej (r = 0.653, p = 0.01) dengan komitmen pensyarah dalam pelaksanaan Program School Enterprise. Hasil kajian juga mendapati bahawa ciri keusahawanan dan persekitaran kolej adalah faktor signifikan dalam mempengaruhi komitmen pensyarah dalam pelaksanaan Program School Enterprise.


Download File

[img] Text
GREduc2015-54.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (4MB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Entrepreneurial traits; College environment; Work commitment; School Enterprise program; Vocational college
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 11 Feb 2019 03:47
Last Modified: 11 Feb 2019 03:47
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66108
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item