Simple Search:

Kesahan kandungan modul ibu tunggal


Citation

Ahmad, Jamaludin and Madon, Zainal and Ahmad, Sa'odah and Mohd Nadzri, Farah Zehan (2015) Kesahan kandungan modul ibu tunggal. In: Graduate Research in Education (GREDuc) 2015 Seminar, 20 Dec. 2015, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 415-420).

Abstract / Synopsis

Kajian ini merupakan satu kajian berbentuk deskriptif untuk mengkaji kesahan kandungan modul ibu tunggal untuk kegunaan ibu-ibu tunggal yang telah berpisah hidup dengan suami. Pembinaan modul ibu tunggal adalah berdasarkan kepada model pembinaan modul Rusell (1974). Berdasarkan kepada teori penceraian, temubual dengan pengerusi persatuan ibu tunggal Wilayah Persekutuan, 20 ibu tunggal, 3 pengetua sekolah, 6 kaunselor dan 10 pelajar mangsa penceraian Sekolah Rendah dan 10 pelajar mangsa penceraian Sekolah Menengah maka terbinalah modul ibu tunggal. Aktiviti modul Motivasi Diri ciptaan Jamaludin Ahmad (2012) telah dijadikan asas rujukan utama dalam membina modul ibu tunggal. Satu bengkel permurnian modul ibu tunggal telah diadakan pada 22 November 2014 yang melibatkan 2 pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia, 2 kaunselor berdaftar, 2 pengetua sekolah menengah, 2 bapa tunggal, 2 ibu tunggal dan 2 pengusaha rumah anak yatim. Hasil bengkel tersebut, penyelidik telah membuat penambahbaikan terhadap modul ibu tunggal. Setelah dibuat penambahbaikkan maka kajian kesahan kandungan modul ibu tunggal telah dilaksanakan dengan melibatkan 3 orang pakar modul iaitu seorang dari Universiti Kebangsaan Malaysia, seorang dari Universiti Teknologi Malaysia dan seorang dari Institut Pendidikan Guru Temenggung Ibrahim, Johor. Ketiga-tiga pakar tersebut telah diberi senaskah modul ibu tunggal dan soal selidik kesahan kandungan modul ciptaan Jamaludin Ahmad (2002). Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai kesahan kandungan modul ibu tunggal secara keseluruhannya ialah 92% di mana pakar UKM memberi 80%, pakar UTM memberi 96% dan pakar IPG Temenggung Ibrahim memberi 100%. Nilai kesahan kandungan modul ibu tunggal adalah baik dan menepati pandangan Tuckman dan Waheed (1981) dan Abu Bakar Nordin (1995) yang menyatakan bahawa jika peratusan modul yang diperoleh melebihi 70% maka modul tersebut dianggap mempunyai kesahan kandungan yang baik. Sehubungan dengan keputusan yang diperoleh itu, beberapa cadangan telah disarankan.


Download File

[img] PDF
GREduc2015-51.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (4MB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Faculty of Human Ecology
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Module; Single mother; Module experts; Content validity
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 11 Feb 2019 11:47
Last Modified: 11 Feb 2019 11:47
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66105
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item