UPM Institutional Repository

Aplikasi KBAT bagi mata pelajaran bahasa Melayu di sekolah menengah Wilayah Persekutuan Putrajaya


Citation

Raja Mafuzin, Tunku Aidayuhanna and Said, Rozita @ Radhiah (2015) Aplikasi KBAT bagi mata pelajaran bahasa Melayu di sekolah menengah Wilayah Persekutuan Putrajaya. In: Graduate Research in Education (GREDuc) 2015 Seminar, 20 Dec. 2015, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 402-407).

Abstract

Kajian ini berkaitan dengan ‘Aplikasi KBAT bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu Di Sekolah Menengah Seluruh Wilayah Persekutuan Putrajaya’. Objektif utama penyelidik dalam kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesediaan, sikap, dan kemampuan guru Bahasa Melayu dalam mengaplikasikan KBAT bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Sampel kajian ini melibatkan semua guru Bahasa Melayu Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu seramai 101 orang. Bagi tujuan mengumpulkan maklumat, instrumen soal selidik dengan lima skala Likert digunakan. Data bagi kajian ini dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) Version 22.0 for WINDOWS. Dalam statistik deskriptif, min, sisihan piawai, dan peratus digunakan. Manakala, statistik infrensi pula digunakan dalam menentukan sama ada hipotesis diterima atau ditolak dengan menggunakan Ujian T dan Anova. Di samping itu juga, pengkaji menggunakan korelasi Pearson untuk melihat sejauh mana hubungan pada hipotesis tersebut. Selain itu, penyelidik juga menggunakan penyelidikan berbentuk kualitatif yang melibatkan lima orang guru bahasa Melayu sebagai peserta kajian. Kajian ini memberikan peluang untuk guru-guru bahasa Melayu memberikan pendapat berkaitan dengan KBAT dalam proses PdP Bahasa Melayu. Justeru, kajian ini amat berguna kepada semua guru bahasa Melayu sekolah menengah dan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha memantapkan elemen KBAT untuk PdP.


Download File

[img] Text
GREduc2015-49.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (4MB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Teaching style; Applying; KBAT; Malay language
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 11 Feb 2019 03:47
Last Modified: 11 Feb 2019 03:47
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66103
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item