UPM Institutional Repository

Keberkesanan kaedah permainan dam peribahasa dalam meningkatkan penguasaan peribahasamurid tingkatan 4


Citation

Sarip, Rahayu and Said, Rozita @ Radhiah (2015) Keberkesanan kaedah permainan dam peribahasa dalam meningkatkan penguasaan peribahasamurid tingkatan 4. In: Graduate Research in Education (GREDuc) 2015 Seminar, 20 Dec. 2015, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 371-377).

Abstract

Fokus kajian ini adalah tertumpu kepada permasalahan murid tingkatan 4 untuk menguasai peribahasa dalam Bahagian 3(e) Kertas 2 SPM. Seramai 33 orang murid Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah iaitu pelajar tingkatan 4 Al-Zahrawi dan 4 Al-Farabi telah dipilih untuk kajian ini. Kesemua murid ini mempunyai pencapaian yang setara iaitu gred A bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang lalu. Pemerhatian berdasarkan analisis item ujian bulanan pertama bagi tahun 2015, menunjukkan bahawa murid tingkatan 4 Al-Zahrawi dan 4 Al-Farabi tidak menguasai aspek peribahasa. Memandangkan peribahasa bukan sahaja penting dalam Kertas 2 SPM tetapi turut menyumbang kepada gaya penulisan yang menarik dalam Kertas 1, maka perancangan tindakan difokuskan kepada penguasaan murid terhadap peribahasa melalui permainan Dam Peribahasa. Murid telah diberikan ujian pra yang mengandungi 25 soalan dengan 5 bentuk soalan yang berbeza. Dapatan ujian pra dianalisis dan menunjukkan 30 daripada 33 orang murid mendapat markah di bawah 40% iaitu gred gagal. Permainan Dam Peribahasa telah diaplikasikan untuk 3 sesi pengajaran dan pembelajaran. Buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 1,2,3,4 dan 5 dijadikan sebagai rujukan utama dalam permainan ini. Ujian pasca dijalankan apabila murid selesai mengikuti 3 kali sesi pengajaran dan pembelajaran peribahasa menggunakan kaedah permainan Dam Peribahasa. Dapatan menunjukkan terdapat peningkatan yang sangat ketara terhadap penguasaan peribahasa murid tingkatan 4 melalui kaedah permainan Dam Peribahasa, malah kaedah ini telah mewujudkan sesi pembelajaran yang menyeronokkan murid-murid.


Download File

[img] Text
GREduc2015-45.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (4MB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Play methods; Malay proverbs; Malay language
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 11 Feb 2019 02:49
Last Modified: 11 Feb 2019 02:49
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66099
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item