UPM Institutional Repository

Persepsi guru terhadap pengurusan bilik darjah abad ke-21 dalam pengajaran d an pembelajaran bahasa Melayu


Citation

Manja, Noorerni and Said, Rozita @ Radhiah (2015) Persepsi guru terhadap pengurusan bilik darjah abad ke-21 dalam pengajaran d an pembelajaran bahasa Melayu. In: Graduate Research in Education (GREDuc) 2015 Seminar, 20 Dec. 2015, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 363-370).

Abstract

Bilik darjah merupakan lokasi atau tempat paling penting dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada murid. Iklim bilik darjah yang sesuai dan menarik mampu menghidupkan semangat dan motivasi guru atau murid itu untuk terus maju. Transformasi bilik darjah abad ke-21 ditunjangi tiga aspek utama, iaitu fizikal, sosial dan emosi. Ketiga-tiga aspek ini dilihat mampu mencapai objektif pembelajaran yang disasarkan selaras dengan matlamat PPPM yang ingin melahirkan modal insan yang seimbang sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Kajian ini bertujuan mengetahui dan mengenal pasti tahap pelaksanaan pengurusan bilik darjah alaf ke-21 dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dan persepsi guru daripada aspek penerimaan murid dalam proses pembelajaran. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Dua teknik pengumpulan data akan digunakan digunakan, iaitu tinjauan dan soal selidik. Guru bahasa Melayu di lima buah sekolah menengah sekitar Pagoh menjadi subjek kajian ini. Secara keseluruhan, keupayaan guru melaksanakan pengurusan bilik darjah abad-21 memaparkan amalan, nilai-nilai keseimbangan seperti yang termaktub dalam kurikulum Bahasa Melayu dan sekaligus mampu memberi keberkesanan yang menyeluruh dalam merealisasikan objektif pendidikan negara.


Download File

[img] Text
GREduc2015-44.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (4MB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Classroom; 21st century; Teaching and learning; Malay language; Teacher; Secondary school
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 11 Feb 2019 02:49
Last Modified: 11 Feb 2019 02:49
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66098
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item