Simple Search:

Partisipasi anggota lembaga dalam mentadbir urus koperasi


Citation

Abd Kadir, Romaizah and Idris, Khairuddin and Suandi, Turiman and Omar, Zoharah (2015) Partisipasi anggota lembaga dalam mentadbir urus koperasi. In: Graduate Research in Education (GREDuc) 2015 Seminar, 20 Dec. 2015, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 84-91).

Abstract / Synopsis

Kertas ini disediakan bagi memperluas pengetahuan dan mempertingkat pemahaman tentang tingkah laku partisipasi aktif dalam kalangan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) mentadbir urus koperasi. Falsafah, nilai dan prinsip koperasi sejagat, struktur tadbir urus serta peranan anggota koperasi dalam pembentukan sebuah organisasi koperasi diterangkan secara ringkas bagi menggambarkan partisipasi anggota dalam konteks organisasi koperasi. Isu-isu semasa berkaitan partisipasi berdasarkan penemuan dan kajian lalu turut dikupas bagi menggambarkan kepentingan partisipasi dalam organisasi koperasi. Konsep partisipasi dalam kajian lepas turut diulas sehingga terhasilnya konsep partisipasi dalam mentadbir urus koperasi, yang mengandungi satu set tingkah laku partisipasi. ALK bertanggungjawab menjalankan fungsinya secara sukarela sebagai pentadbir dengan mengambil bahagian secara aktif menghadiri mesyuarat, berkomunikasi, menjalankan tugas secara kerja berpasukan dan terlibat secara langsung dalam membuat keputusan. Penggunaan teori yang relevan bagi menggambarkan fenomena partisipasi dalam kalangan ALK mentadbir urus koperasi iaitu Teori Modal Sosial dan Teori Motivasi Insentif Bersama (MIB) dijelaskan secara ringkas dalam kertas ini. Akhir sekali kertas ini mencadangkan agar kajian lanjut dapat dilaksanakan untuk meneroka faktor-faktor lain yang dapat menjelaskan tingkah laku partisipasi khususnya dalam mentadbir urus koperasi dan seterusnya menyumbang kepada teori dan ilmu pengetahuan yang sedia ada.


Download File

[img] PDF
GREduc2015-10.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (499kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Participation; Governance; Cooperatives
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 23 Jan 2019 15:11
Last Modified: 23 Jan 2019 15:11
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66063
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item