UPM Institutional Repository

Profil, motif dan persepsi pelancong terhadap Langkawi, Malaysia sebagai destinasi pelancongan sukan


Citation

Hamdan, Nurul Shahida (2016) Profil, motif dan persepsi pelancong terhadap Langkawi, Malaysia sebagai destinasi pelancongan sukan. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan profil pelancong dalam menentukan motif dan persepsi pelancong melawat Langkawi sebagai destinasi pelancongan sukan. Instrumen Skala Motivasi Kesenggangan Leisure Motivation Scale yang dibentuk oleh Beard dan Ragheb (1983) telah digunakan untuk mengukur motif pelancong berkunjung ke Langkawi manakala instrumen skala perbezaan semantik yang dibentuk oleh Attle (1996) pula digunakan untuk mengukur persepsi pelancong terhadap imej destinasi (atribut) Langkawi sebagai destinasi pelancongan sukan. Seramai 340 orang responden telah mengambil bahagian di dalam kajian ini. Dapatan menunjukkan bahawa pelancong yang melawat ke Langkawi dikategorikan kepada dua iaitu pelancong sukan dan pelancong bukan sukan. Majoriti responden adalah pelancong sukan (72.9%). Pelancong sukan yang berumur dalam lingkungan 22-28tahun menunjukkan peratusan tertinggi dalam kajian ini. Dalam kajian ini telah mengenal pasti penurunan minat terhadap pelancongan sukan mula berlaku selepas umur 28 – 33 tahun. Kajian ini menunjukkan bahawa mereka yang lebih muda lebih cenderung untuk menyertai percutian berorientasikan sukan daripada mereka yang lebih berumur. Hasil kajian juga mendapati pelancong sukan dan pelancong bukan sukan melancong ke Langkawi atas alasan ingin melarikan diri daripada kehidupan harian mereka untuk berehat dan mendapatkan sesuatu yang baru. Berkenaan dengan persepsi pelancong terhadap atribut Langkawi sebagai destinasi pelancongan sukan, terdapat perbezaan persepsi di antara pelancong sukan domestik dan pelancong sukan antarabangsa. Persepsi pelancong sukan domestik terhadap Langkawi termasuklah popular, domestik, luar bangunan, asing dan sejuk. Manakala pelancong sukan antarabangsa pula mempunyai persepsi tentang atribut Langkawi sebagai destinasi pelancongan sukan seperti berikut: eksklusif, asing, dalam bangunan, sesak dan panas. Maklumat-maklumat yang diperoleh daripada kajian ini boleh digunakan oleh industri pelancongan sukan untuk melaksanakan segmentasi pasaran dengan menyasarkan jenis pelancong yang tepat ke Langkawi.


Download File

[img]
Preview
Text
FPP 2016 5 upm ir.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Tourism - Malaysia
Subject: Sports tourism
Call Number: FPP 2016 5
Chairman Supervisor: Prof. Aminuddin Yusof, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 25 Oct 2018 07:53
Last Modified: 25 Oct 2018 07:53
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/65663
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item