Simple Search:

TAHNIAH! UPM MENDAPAT STATUS SWAAKREDITASI


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) TAHNIAH! UPM MENDAPAT STATUS SWAAKREDITASI. [UPM News]

Abstract / Synopsis

PUTRAJAYA, 17 Mei – UPM dianugerahkan Status Swaakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam Majlis Penyampaian Sijil Status Swaakreditasi yang telah disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin. Status swaakreditasi ini penting kepada UPM khususnya bagi menjana sebuah universiti berprestasi tinggi, sekali gus memberi impak terhadap penawaran program pengajian berkualiti di samping menjadi salah sebuah Universiti Penyelidikan yang unggul di negara ini. Kejayaan UPM turut dikongsi bersama dengan 3 Institusi Pengajian Tinggi Awam yang lain iaitu Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains Malaysia manakala IPT swasta pula ialah Monash University Sunway Campus, University of Nottingham Malaysia Campus, Swinburne University of Technology Sarawak dan Curtin University of Technology Sarawak. Kementerian Pengajian Tinggi menganugerahkan status swaakreditasi kepada UPM berdasarkan kejayaan melepasi status audit institusi (APA) berpandukan : Code Of Practice For Institutional Audit (COPIA) dengan menyediakan Self-Review Portfolio (SRP). Swaakreditasi adalah satu status yang melayakkan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mengakreditasi sendiri program pengajian tanpa perlu mendapat kelulusan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan hanya dimaklumkan sahaja kepada MQA dan KPT tertakluk kepada pemantauan berterusan dan audit institusi oleh MQA. Syabas dan Tahniah kepada seluruh warga UPM!


Download File

[img]
Preview
PDF
TAHNIAH!_UPM_MENDAPAT_STATUS_SWAAKREDITASI.pdf

Download (48kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 19 May 2010 01:17
Last Modified: 27 May 2013 07:30
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6545
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item