UPM Institutional Repository

Tahap integrasi ICT dalam kalangan guru-guru daerah Hulu Langat Selangor


Citation

Mahmud, Rosnaini and Ismail, Mohd Arif and Sahid, Paridon and Yazid, Zainuddin (2007) Tahap integrasi ICT dalam kalangan guru-guru daerah Hulu Langat Selangor. In: 1st International Malaysian Educational Technology Convention (IMETC 2007), 2-5 Nov. 2007, Sofitel Palm Resort, Senai, Johor Bahru, Malaysia. (pp. 1056-1071).

Abstract

Hasrat Kementerian Pelajaran adalah untuk membudayakan penggunaan ICT dalam kalangan guru-guru bagi mewujudkan corak dan sistem pendidikan yang berkualiti. Ia merupakan fokus utama dalam agenda pendidikan masa kini. Berdasarkan kepada dapatan yang dihasilkan melalui pemantauan dan kajian oleh Bahagian Teknologi Pendidikan dan Pusat Sumber Pendidikan Negeri Selangor mendapati bahawa tahap penggunaan yang rendah wujud samada dalam kalangan guru-guru sekolah rendah atau menengah. Satu kajian telah dilaksanakan bertujuan untuk melihat sejauh manakah tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru-guru di daerah Hulu Langat Selangor dalam mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kajian ini dijalankan di daerah Hulu Langat melibatkan 22 buah sekolah yang terdiri dari 12 buah sekolah rendah dan 10 buah sekolah menengah. Kajian telah dilakukan ke atas 88 orang guru iaitu 18 orang guru lelaki dan 70 orang guru perempuan dengan menggunakan borang soal selidik dan temubual. Responden yang terlibat akan diberi kursus pengintegrasian ICT selama dua hari dengan memberi fokus kepada penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan ICT. Soal-selidik untuk guru-guru dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu bahagian A tentang latar belakang sekolah dan guru, bahagian B tentang penilaian dari aspek fizikal, bahagian C berkaitan dengan penilaian dari aspek peralatan media elektronik, bahagian D berkenaan penilaian dari aspek penggunaan pakej media elektronik dan bahagian E tentang penilaian dari aspek kesediaan guru tentang ICT. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran adalah rendah. Walaubagaimanapun majoriti guru-guru bersikap positif dan bersetuju bahawa kualiti pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan jika penggunaan dan pengintegrasian ICT digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam di dalam bilik darjah dengan sebaik mungkin.


Download File

[img] Text
764.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (97kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Malaysian Educational Technology Association
Keywords: Integration; ICT; Teaching and learning; Knowledge; Skill; Teacher
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 03 Sep 2018 03:49
Last Modified: 03 Sep 2018 03:49
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64886
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item