Simple Search:

Kesan pelaksanaan komuniti pembelajaran profesional terhadap peningkatan kemahiran peningkatan kemahiran guru mengajar penulisan karangan Bahasa Melayu


Citation

Abu Bakar, Dima Mazlina @ Siti Aishah (2015) Kesan pelaksanaan komuniti pembelajaran profesional terhadap peningkatan kemahiran peningkatan kemahiran guru mengajar penulisan karangan Bahasa Melayu. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract / Synopsis

Kajian ini bertujuan untuk meneliti kesan pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) terhadap peningkatan kemahiran guru mengajar penulisan karangan Bahasa Melayu.Seramai 5 orang guru Bahasa Melayu dan seorang Pengetua sekolah yang mengajar di Tingkatan 1-5 di sebuah sekolah di Kedah dipilih sebagai peserta kajian menggunakan teknik persampelan bertujuan. Objektif kajian ini ialah yang pertama mengkaji perspektif guru-guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan KPP bagi meningkatkan kemahiran guru mengajar proses penulisan karangan. Seterusnya meneliti peranan pentadbir dalam usaha untuk membudayakan KPP untuk meningkatkan kemahiran guru mengajar proses penulisan karangan, menilai perubahan pengajaran guru setelah mendapat bimbingan dalam KPP,mengenal pasti perubahan corak penulisan karangan pelajar selepas guru dibimbing dalam KPP, dan mengkaji kesesuaian strategi pelaksanaan KPP terhadap peningkatan kemahiran guru mengajarkan proses penulisan karangan. Untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan,kajian kes kualitatif telah digunakan sebagai kerangka panduan. Justeru, tiga teknik pengumpulan data telah digunakan bagi memperoleh data yang kaya iaitu teknik temu bual separa berstruktur, pemerhatian, dan penganalisisan dokumen. Kesahan dan kebolehpercayaan dapatan kajian ini dilakukan dengan menggunakan teknik triangulasi,penilaian rakan sekerja, jejak audit dan hubungan yang berterusan antara pengkaji dan peserta kajian. Dapatan kajian telah dibahagikan mengikut objektif yang telah digariskan. Dapatan kajian bagi objektif pertama telah menemukan dua tema utama iaitu konsep KPP dan keperluan pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional di sekolah khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Tema pertama iaitu konsep KPP dibahagikan pula kepada tujuh sub-tema iaitu guru belajar cara mengajar, perkongsian ilmu mengajar, kolaborasi, perkongsian visi dan misi, muhasabah diri, penambahbaikan prestasi sekolah dan bimbingan ahli dalam komuniti. Manakala tema keperluan pelaksanaan KPP di sekolah khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dibahagikan pula kepada keperluan untuk guru bukan opsyen, membina keyakinan diri guru, mempelbagaikan teknik dan kaedah pengajaran, membantu guru novis, dan mendidik guru menerima perubahan. Seterusnya, objektif kedua ialah peranan pentadbir pengurusan sekolah membantu pelaksanaan KPP dibahagikan kepada dua tema iaitu peranan pengetua dan keperluan fizikal yang menyokong. Objektif ketiga pula menemukan empat tema iaitu pemahaman guru terhadap pengajaran karangan sebelum pembudayaan KPP, corak Pengajaran guru sebelum pembudayaan KPP, perubahan sikap guru selepas pelaksanaan KPP dan perubahan pengajaran guru dalam mengajarkan karangan selepas ibimbing melalui KPP. Dapatan kajian bagi objektif keempat iaitu perubahan sikap belajar murid dan peningkatan prestasi penulisan pelajar dibahagikan kepada dua tema iaitu kesediaan belajar murid dan penglibatan murid dalam bilik darjah. Seterusnya, dapatan kajian bagi objektif kelima iaitu kesesuaian pelaksanaan KPP terhadap peningkatan kemahiran guru mengajar proses penulisan karangan menemukan pengkaji dengan tema KPP sebagai platform guru menimba ilmu mengajar penulisan karangan. Dapatan bagi objektif terakhir iaitu mengkaji kesesuaian strategi pelaksanaan KPP terhadap peningkatan kemahiran guru mengajarkan proses penulisan karangan ialah penggunaan strategi KPP dan pengetahuan strategi dalam KPP. Keseluruhannya, guru memerlukan pendekatan sistematik dan profesional bagi tujuan mempertingkat kemahiran mengajar khususnya pengajaran penulisan karangan. KPP adalah pilihan bagi guru sebagai platform guru belajar mengajar ilmu baru dan ilmu pedagogi lama yang diubahsuai untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan.


Download File

[img]
Preview
PDF
FPP 2015 50IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Subject: Professional learning communities.
Subject: Teachers -- raining of.
Call Number: FPP 2015 50
Chairman Supervisor: Abdul Rasid Jamian, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 31 Jul 2018 14:25
Last Modified: 31 Jul 2018 14:25
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64850
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item