UPM Institutional Repository

Ciri sahsiah dalam pemilihan pelajar ke program Ulul Albab Maktab Rendah Sains MARA Gemencheh, Negeri Sembilan


Citation

Ibrahim, Siti Solehah (2015) Ciri sahsiah dalam pemilihan pelajar ke program Ulul Albab Maktab Rendah Sains MARA Gemencheh, Negeri Sembilan. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneliti ciri-ciri sahsiah yang menjadi kriteria pemilihan pelajar bagi kemasukan ke program Ulul Albab Rendah Sains Mara (MRSM) Gemencheh, Negeri Sembilan. Kurikulum Ulul Albab merupakan sebuah kurikulum integrasi antara program sedia ada (Sains Tulen) dengan kurikulum aliran agama termasuk tahfiz al-Quran. Terdapat tiga elemen utama dalam pelaksanaan kurikulum Ulul Albab iaitu elemen Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik. Misi utama kurikulum Ulul Albab adalah untuk membentuk sahsiah pelajar melalui pembudayaan Al-Quran. Penekanan terhadap sahsiah pelajar adalah selari dengan hasrat yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) bermula dari 2013-2025. Antara 11 anjakan yang diperkenalkan, anjakan yang ketiga iaitu melahirkan rakyat yang menghayati nilai membuktikan bahawa elemen nilai merupakan salah satu aspek yang harus ditekankan ke dalam diri pelajar semasa proses pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Elemen nilai pula diperoleh menerusi pembangunan sahsiah seseorang individu. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk menjawab empat persoalan utama iaitu (1) Apakah ciriciri sahsiah dalam pemilihan pelajar ke program Ulul Albab MRSM Gemencheh,Negeri Sembilan menurut perspektif pihak pentadbir? (2) Apakah ciri-ciri sahsiah dalam pemilihan pelajar ke program Ulul Albab MRSM Gemencheh, Negeri Sembilan menurut perspektif pihak guru? (3) Apakah ciri-ciri sahsiah dalam pemilihan pelajar ke program Ulul Albab MRSM Gemencheh, Negeri Sembilan menurut perspektif pihak ibu bapa? (4) Apakah ciri-ciri sahsiah dalam pemilihan pelajar ke program Ulul Albab MRSM Gemencheh, Negeri Sembilan menurut perspektif pihak pelajar? Reka bentuk kajian kualitatif menggunakan pendekatan kajian kes telah dipilih bagi menjawab persoalan kajian tersebut. Persampelan bertujuan (purposive sampling) digunakan bagi pemilihan peserta kajian. Seterusnya, teknik temu bual separa berstruktur digunakan untuk mengumpulkan data daripada 5 kumpulan peserta kajian yang terdiri daripada para pentadbir, guru, ibu bapa serta pelajar yang terlibat dengan kurikulum Ulul Albab ini. Data telah dianalisis menggunakan perisian Atlas.ti. Menerusi analisis yang diperoleh,didapati bahawa terdapat 22 tema utama yang telah dikenal pasti iaitu cinta terhadap Al-Quran, bersifat extraversion, mahir membaca Al-Quran, memiliki sifat al-syaja‟ah,memiliki sifat ta‟zim, tabah, menjaga hubungan dengan Allah, meminati konsep pembelajaran Ulul Albab, extraversion, bertanggungjawab, mempunyai visi dalam hidup, yakin terhadap pertolongan Allah, bersifat tekun, meminati ilmu aqli,bermotivasi, ikhlas, merendah diri, berusaha meningkatkan diri, mencari kebenaran,mempunyai pegangan hidup dan amanah. Setiap tema ini kemudiannya dikelompokkan lagi kepada beberapa pecahan sub-tema yang telah dikenal pasti oleh pengkaji. Pengkategorian tema tersebut memudahkan pengkaji serta pembaca untuk meneliti ciri sahsiah pelajar dengan gambaran atau skop yang luas dan mendalam.


Download File

[img]
Preview
Text
FPP 2015 41IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Students - Rating of - Malaysia
Subject: Education, Secondary - Malaysia
Call Number: FPP 2015 41
Chairman Supervisor: Umi Kalthom Binti Abdul Manaf, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 20 Jul 2018 02:11
Last Modified: 20 Jul 2018 02:11
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64792
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item