UPM Institutional Repository

Strategi pembelajaran bahasa Perancis dalam kalangan pelajar tingkatan dua di sekolah berasrama penuh


Citation

Zainul, Muhammed (2015) Strategi pembelajaran bahasa Perancis dalam kalangan pelajar tingkatan dua di sekolah berasrama penuh. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk melihat kekerapan strategi pembelajaran bahasa yang sering digunakan oleh pelajar-pelajar untuk mempelajari bahasa Perancis. Kajian berbentuk tinjauan ini melibatkan seramai 156 orang pelajar Tingkatan Dua di enam buah sekolah berasrama Penuh di Zon Timur. Subjek kajian dipilih menggunakan teknik persampelan secara rawak mudah dan bertujuan. Data dikumpul dengan menggunakan soal selidik SILL versi 7 (Oxford, 1990) yang telah diubahsuai dan diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu untuk mendapat maklumat mengenai kekerapan strategi pembelajaran bahasa Perancis. Terdapat enam strategi di bawah strategi pembelajaran Oxford iaitu, strategi memori, strategi kognitif,strategi kompensasi, strategi metakognitif, strategi afektif dan strategi sosial. Ujian-T tidak bersandar digunakan untuk membandingkan penggunaan strategi pembelajaran bahasa dari segi gender. Untuk melihat pencapaian pelajar dalam bahasa Perancis, keputusan Peperiksaan DELF A1 dijadikan ukuran. Data yang diperolehi kemudiannya di analisis menggunakan SPSS versi 18. Secara keseluruhan dapatan menunjukkan bahawa strategi sosial merupakan strategi yang paling tinggi kekerapan penggunaannya berbanding dengan strategi-strategi yang lain. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa pelajar perempuan menggunakan lebih banyak strategi berbanding dengan pelajar lelaki. Dapatan kajian juga mendapati bahawa pelajar yang mempunyai pencapaian yang tinggi lebih kerap menggunakan strategi pembelajaran berbanding dengan pelajar pada tahap sederhana dan lemah. Berdasarkan dapatan kajian ini, dicadangkan agar para guru didedahkan dengan penggunaan strategi pembelajaran bahasa dan dimasukkan dalam silibus guru pelatih. Di samping itu, juga dicadangkan supaya pelajar diajar cara penggunaan strategi pembelajaran bahasa. Pengetahuan berkenaan dengan strategi pembelajaran bahasa memandu pelajar untuk lebih terarahepada pembelajaran secara sendiri, membuat penilaian secara sendiri dan membentuk kemahiran kendiri selari dengan matlamat strategi pengajaran dan pembelajaran bestari.


Download File

[img]
Preview
Text
FPP 2015 37IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: French language - Study and teaching (Middle school) - Foreign speakers - Malaysia
Subject: Learning strategies - Study and teaching (Middle school) - Malaysia
Subject: Learning strategies - Education
Call Number: FPP 2015 37
Chairman Supervisor: Fadzilah Abdul Rahman, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 20 Jul 2018 02:27
Last Modified: 20 Jul 2018 02:27
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64775
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item