UPM Institutional Repository

Makna ayat tanya dalam novel Lentera Mustika


Citation

Alias, Siti Salbiah and Sha'ri, Sharil Nizam and Mohd Hanafiah, Halis Azhan and Musanif, Ahmad Mahmood (2017) Makna ayat tanya dalam novel Lentera Mustika. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 4 (2). pp. 192-205. ISSN 2462-1692; ESSN: 2289-8042

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan menganalisis ayat tanya yang terkandung dalam novel Lentera Mustika, penulisan Nisah Haron terbitan PTS Litera Utama Sdn. Bhd. (2009). Aspek-aspek yang ditumpukan dalam kajian ini ialah berfokuskan kepada kepelbagaian jenis dan makna ayat tanya yang telah dipilih. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kepustakaan dan kaedah analisis kandungan teks. Kaedah penyelidikan kepustakaan digunakan bagi mengumpul maklumat yang berkaitan dengan makna dan ayat tanya. Kaedah anlisis teks pula digunakan bagi menganalisis ayat tanya berdasarkan teks kajian yang dipilih. Hasil analisis mendapati ayat tanya dalam konteks wacana mempunyai kepelbagaian makna dan fungsi, bukannya sekadar ayat tanya yang hanya terdiri daripada bentuk dan jenis-jenisnya sahaja. Justeru, kajian ini diharapkan dapat memberi satu fahaman dan idea baharu terhadap kepelbagaian jenis dan makna ayat tanya. Seterusnya akan melenyapkan tanggapan sebilangan pihak yang beranggapan ayat tanya hanya dikaitkan dengan persoalan yang memerlukan jawapan.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Makna ayat tanya dalam novel Lentera Mustika.pdf

Download (33kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Pusat Pengajian Teras, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Keywords: Interrogative sentences; Discourse's context; Types and meaning of interrogative sentences
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 13 Aug 2018 02:46
Last Modified: 13 Aug 2018 02:46
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64593
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item