UPM Institutional Repository

Hati budi Melayu dalam warkah Melayu lama


Citation

Idris, Isnariah and Fadzal, Khushairi and Daing Melebek, Abdul Rashid (2017) Hati budi Melayu dalam warkah Melayu lama. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 4 (2). pp. 1-16. ISSN 2462-1692; ESSN: 2289-8042

Abstract

Orang Melayu kaya dengan nilai kehidupan yang diwarisi turun-temurun. Salah satu daripada keperibadian sosial tersebut ialah berhati budi mulia, yang lahir melalui pertuturan mahupun catatan. Usaha-usaha pembugaran teras hati budi ini perlu sentiasa dilakukan supaya nilai estetika ini terus dijadikan panduan dalam memartabatkan bangsa Melayu. Banyak penulisan yang membuktikan bangsa Melayu mempunyai jati diri tersendiri serta disegani, hingga dapat menguasai kepulauan Melayu suatu ketika dahulu. Rentetan itu, penulisan ini dibuat bagi menambah pembuktian kemurnian hati budi orang Melayu yang digambarkan secara tersirat dalam warkah Melayu lama. Penelitian deskriptif dilakukan ke atas lima pucuk warkah Melayu abad ke-19, kiriman raja dan pembesar Melayu. Warkah-warkah ini mengandungi beberapa fokus teras hati budi Melayu, tetapi nilai mulia kehidupan dipilih untuk penulisan ini. Kaedah analisis kandungan digunakan dalam mengenal pasti nilai yang mencerminkan budi pekerti mulia, budi bahasa yang santun, dan akal budi yang tinggi orang Melayu. Terdapat 12 hati budi Melayu yang terjelma secara tersirat dalam warkah yang dipilih. Hati budi ini ternyata telah mengangkat kemuliaan orang Melayu di mata orang luar serta mengeratkan hubungan dengan orang Inggeris. Sesungguhnya, kekuatan hati budi ini penting kerana menjadi asas serta benteng dalam mengukuhkan peradaban bangsa Melayu.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Hati budi Melayu dalam warkah Melayu lama.pdf

Download (34kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Pusat Pengajian Teras, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Keywords: Malay noble virtues; Old Malay letters
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 13 Aug 2018 02:46
Last Modified: 13 Aug 2018 02:46
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64590
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item