Simple Search:

Kesilapan struktur ayat bahasa Mandarin dalam kalangan pelajar penutur natif


Citation

Abdul Halim, Hazlina and Ang, Lay Hoon and Koh, Su Fan (2017) Kesilapan struktur ayat bahasa Mandarin dalam kalangan pelajar penutur natif. Jurnal Kesidang, 2 (1). pp. 108-127. ISSN 2550-1674; ESSN: 2600-7851

Abstract / Synopsis

Kajian ini meneroka kesilapan struktur ayat bahasa Mandarin yang dilakukan oleh pelajar penutur natif bahasa tersebut. Secara khususnya, makalah ini mengenal pasti, mengkelaskan dan membincangkan kesilapan struktur ayat dengan mengaplikasi Taksonomi Strategi Permukaan oleh Dulay, Burt & Krashen (1982). Kajian dijalankan dengan menggunakan kaedah analisis teks dan temu bual. Seramai 30 orang responden Tahun 3 berbangsa Cina yang mempelajari Bahasa Mandarin terlibat dalam kajian ini. Responden dikehendaki membina ayat Bahasa Mandarin berdasarkan 10 gambar tunggal yang tidak berkait. Pemilihan gambar adalah berdasarkan imej yang berhubung kait dengan kehidupan seharian pelajar. Keseluruhan ayat disemak dari segi ketepatan tatabahasa dan makna menggunakan buku Xin Bian Xian Dai Han Yu. Kesilapan struktur ayat yang dikesan dikelaskan kepada empat kategori mengikut pengkelasan oleh Dulay, Burt & Krashen (1982), iaitu kesilapan pengurangan, penambahan, pemilihan dan penyusunan kata. Susulan daripada aktiviti penulisan, 10 orang responden dipilih secara rawak dan ditemu bual untuk mendapatkan input bagi punca kesilapan ini. Secara keseluruhan, daripada 300 ayat yang dibentuk, terdapat 50 ayat mempunyai kesilapan struktur. Responden didapati melakukan kesilapan pada keempat-empat kategori taksonomi oleh Dulay, Burt & Krashen (1982). Selain itu, terdapat juga kesilapan penggunaan kata verbal, di mana ayat yang disusun menyerupai ayat bahasa Melayu oleh responden berbangsa Cina daripada keturunan Baba Nyonya Melaka. Daripada temu bual yang dilakukan, didapati bahawa responden tidak menyedari akan kesilapan yang dilakukan. Temu bual juga mendapati kesilapan berpunca daripada ketidak acuhan tentang peraturan tatabahasa.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Kesilapan struktur ayat bahasa Mandarin dalam kalangan pelajar penutur natif.pdf

Download (36kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Penerbit Kolej Universiti Islam Melaka
Keywords: Error analysis; Mandarin; Sentence structure; Surface strategy taxonomy; Students native speakers
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 13 Aug 2018 10:46
Last Modified: 13 Aug 2018 10:46
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64587
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item