Simple Search:

Persepsi masyarakat terhadap mutu maklumat sastera siber


Citation

Arifin, Noor Hazwany and Noor Muhammad, Salmah Jan (2016) Persepsi masyarakat terhadap mutu maklumat sastera siber. Jurnal Kesidang, 1 (1). pp. 173-193. ISSN 2550-1674; ESSN: 2600-7851

Abstract / Synopsis

Media siber yang berkembang pesat pada masa kini telah memberikan kesan kepada perkembangan pelbagai bidang ilmu, tidak terkecuali dalam bidang sastera. Walaupun media ini telah diterima secara umum dalam konteks pelaksanaannya, namun masih ada pertikaian kerana tanggapan dan persepsi masyarakat yang berbagai-bagai. Hal ini dapat dilihat apabila terdapat dua jalur yang berbeza mengenai persepsi masyarakat terhadap sastera siber. Jalur pertama mengatakan bahawa karya sastera siber memperlihatkan mutu estetika yang tinggi dan mempunyai etika yang mengagumkan. Manakala jalur yang kedua pula mengatakan bahawa mutu dan estetika sastera siber terjejas. Justeru itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti dan menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi persepsi masyarakat terhadap sastera siber dari aspek mutu maklumat. Dalam hal ini, kaedah yang digunakan dalam kajian ialah kaedah kuantitatif. Data diperoleh melalui kajian lapangan iaitu menerusi pemerhatian dan soal selidik terhadap responden iaitu pengguna laman web e-sastera (www.e-sastera.com). Seterusnya, data kajian ini akan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Sosial Sciences (SPSS). Dalam kajian ini, jenis persampelan yang digunakan oleh pengkaji ialah persampelan secara rawak mudah iaitu responden dipilih secara rawak. Ciri-ciri yang dimiliki responden dipilih mestilah memenuhi matlamat kajian iaitu mereka yang pernah melayari dan mengetahui mengenai laman web e-sastera. Pemilihan responden adalah seramai 100 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat antaranya ahli akademik, ahli profesional, pelajar, orang awam dan komuniti e-sastera sendiri. Kajian yang dilakukan berfokuskan kepada e-sastera iaitu laman web khusus tentang sastera Melayu yang telah diasaskan oleh Profesor Dr. Ir. Wan Abu Bakar Wan Abas seorang pensyarah bidang kejuruteraan di Universiti Malaya. Bagi memperkukuhkan lagi kajian, teori resepsi digunakan bersesuaian dengan tanggapan dan reaksi masyarakat terhadap karya sastera siber. Berdasarkan keseluruhan hasil kajian, didapati bahawa responden memberikan jawapan positif yang menunjukkan bahawa sastera siber mempunyai estetika dan mutu maklumat yang boleh diyakini.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Persepsi masyarakat terhadap mutu maklumat sastera siber.pdf

Download (35kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Penerbit Kolej Universiti Islam Melaka
Keywords: Perception; Cyber literature; Quality; Aesthetic; Reception theory
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 13 Aug 2018 10:30
Last Modified: 13 Aug 2018 10:30
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64581
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item