UPM Institutional Repository

Unsur humor dalam rancangan televisyen popular


Citation

Mohd A. Rashid, Siti Norsyahida and Rosly, Nurfarhana Shahira (2016) Unsur humor dalam rancangan televisyen popular. Jurnal Kesidang, 1 (1). pp. 154-172. ISSN 2550-1674; ESSN: 2600-7851

Abstract

Makalah ini membincangkan kesan dan pengaruh masyarakat terhadap rancangan televisyen popular, Maharajalawak Mega 2014. Rancangan ini mengandungi unsur humor, isu kontemporari, pengajaran dan mesej yang cuba disampaikan kepada khalayak. Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan unsur humor dalam rancangan Maharajalawak Mega 2014 dan melihat mesej yang disampaikan walaupun dalam bentuk humor dengan penerapan Teori Pembelajaran (Albert Bandura, 1986). Perkara yang ditekankan dalam kajian ini ialah di samping masyarakat berhibur menonton rancangan televisyen, masyarakat juga memperoleh manfaat daripada rancangan tersebut. Cara pengumpulan data ialah dengan melihat dan mengumpul unsur nasihat dari rakaman rancangan Maharajalawak Mega 2014. Data dianalisis dalam bentuk teks bagi memudahkan penghuraian data. Dapatan kajian mendapati terdapat unsur nasihat dan mesej tertentu dalam setiap penyampaian peserta rancangan tersebut.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Unsur humor dalam rancangan televisyen popular.pdf

Download (34kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Penerbit Kolej Universiti Islam Melaka
Keywords: Humor; Contemporary issues; Message delivery; Television shows; Learning
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 13 Aug 2018 02:30
Last Modified: 13 Aug 2018 02:30
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64580
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item