UPM Institutional Repository

Retorik dalam risalah iklan makanan segera di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor


Citation

Sha'ri, Sharil Nizam and Azman, Hafizan and Ismail, Mohd Ashri and N. Marie, Vivekananda M. (2016) Retorik dalam risalah iklan makanan segera di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. Jurnal Kesidang, 1 (1). pp. 102-127. ISSN 2550-1674; ESSN: 2600-7851

Abstract

Risalah perniagaan termasuklah iklan makanan di restoran segera yang dicetak dan diedarkan mempunyai retorik untuk memastikan makanan yang dijual dapat bersaing dan diminati oleh pelanggan. Kebiasaannya, risalah digunakan untuk melariskan dan mempromosikan barangan atau perkhidmatan yang dapat menembusi pasaran dan mendapat sokongan peminat. Dalam artikel ini, terdapat 20 kaedah retorik yang diperkenalkan oleh Asmah Haji Omar (...) iaitu kaedah pernyataan, kaedah perkaitan konsep, kaedah perisytiharan, kaedah umpan, kaedah pemesraan, kaedah kenal pasti, kaedah peyakinan, kaedah perbandingan, kaedah doa, kaedah ulasan, kaedah pertanyaan, kaedah peringatan, kaedah suruhan, kaedah silaan atau pelawaan, kaedah gesaan, kaedah larangan, kaedah kealatan, kaedah nasihat, kaedah ajakan dan kaedah latar. Semua kaedah retorik ini diterapkan dalam kajian ini dan membuktikan setiap restoran makanan segera menggunakan retorik yang tertentu di dalam risalah iklan mereka. Hal ini menunjukkan bahawa retorik yang berkesan dan menarik digunakan dan diperlukan dalam pelbagai urusan termasuklah dalam perniagaan.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Retorik dalam risalah iklan makanan segera di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.pdf

Download (34kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Penerbit Kolej Universiti Islam Melaka
Keywords: Rethoric; Fast food pamphlet; Method
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 13 Aug 2018 02:30
Last Modified: 13 Aug 2018 02:30
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64579
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item