Simple Search:

Aliran perjalanan hidup manusia dalam Syair Jamad al-Qiamat


Citation

Abdul Rahman, Nadiatul Shakinah and Noor Muhammad, Salmah Jan and Sujud, Arba'ie (2016) Aliran perjalanan hidup manusia dalam Syair Jamad al-Qiamat. Jurnal Kesidang, 1 (1). pp. 50-68. ISSN 2550-1674; ESSN: 2600-7851

Abstract / Synopsis

Makalah ini berfokus kepada aliran perjalanan hidup manusia bermula daripada alam roh sehinggalah alam akhirat dengan menggunakan naskhah Melayu Syair Jamad al-Qiamat. Makalah ini dimulai dengan latar belakang naskhah dan seterusnya menyentuh kepada pembahagian aspek dunia dan akhirat dalam syair ini. Kemudian, makalah ini turut membincangkan tentang kejadian terciptanya alam dunia, syurga dan neraka serta kejadian manusia. Selain itu, makalah ini turut menyentuh tujuan terciptanya alam dunia dan tujuan manusia hidup di dunia. Fokus utama makalah ini ialah menjelaskan lebih terperinci rentetan perjalanan hidup manusia bermula daripada terciptanya alam dunia dan manusia, perlakuan manusia di alam dunia, ketika tibanya hari kematian, kehidupan di alam kubur, manusia dibangkitkan di hari kebangkitan dan dikumpulkan di padang mahsyar serta golongan yang menjadi syafaat di akhirat kelak. Hasil tulisan ini mendapati bahawa topik yang telah dibincangkan ini juga turut diceritakan di dalam al-Quran dan hadis. Oleh itu, dengan terhasilnya makalah ini dapat memberikan gambaran yang jelas mengenai perjalanan hidup manusia dan dijadikan sebagai pedoman, panduan dan peringatan kepada manusia.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Aliran perjalanan hidup manusia dalam Syair Jamad al-Qiamat.pdf

Download (35kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Penerbit Kolej Universiti Islam Melaka
Keywords: World; Shades; Awakening day; Death; Human; Intercession
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 13 Aug 2018 10:30
Last Modified: 13 Aug 2018 10:30
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64576
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item