UPM Institutional Repository

Ketidaksantunan bahasa dalam blog politik di Malaysia


Citation

Ismail, Azizul and Subramaniam, Vijayaletchumy (2016) Ketidaksantunan bahasa dalam blog politik di Malaysia. Pertanika MAHAWANGSA, 3 (2). pp. 189-209. ISSN 2289-7259

Abstract

Makalah ini memfokuskan ketidaksantunan bahasa Melayu dalam blog politik di Malaysia yang bertujuan untuk mengkategorikan perkataan yang tidak santun dalam blog politik, berpandukan pendekatan Jay, 2000 dan Pinker, 2008b. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kajian kepustakaan, soal selidik, dan pemerhatian. Dokumen yang digunakan dalam kajian ini ialah analisis teks yang dipindahkan daripada blog politik. Penyelidik telah memilih 10 blog politik di Malaysia yang terdiri daripada 5 blog politik yang menyokong pihak kerajaan, dan 5 blog politik yang menyokong pihak pembangkang. Penyelidikan ini amat penting kepada penulis dan pengikut blog politik, pengkaji bahasa serta masyarakat umum supaya hasil penulisan blog politik menepati ciri kesantunan berbahasa yang merupakan tonggak kepada pembentukan sebuah negara bangsa. Dapatan kajian menunjukkan, terdapat 94 perkataan tidak santun yang dibahagikan kepada tujuh kategori, iaitugelaran kepada individu dan institusi, penyamaan manusia dengan haiwan atau makhluk, anggota badan, sifat dan kelakuan, penyamaan manusia dengan objek, dan keagamaan dan perkauman dengan 550 kekerapan secara keseluruhannya dalam blog politik yang dikaji.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Ketidaksantunan bahasa dalam blog politik di Malaysia.pdf

Download (34kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Universiti Putra Malaysia Press
Keywords: Politeness; Malay language; Political blogs; Categorize words; Government; Opposition
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 13 Aug 2018 02:30
Last Modified: 13 Aug 2018 02:30
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64572
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item