UPM Institutional Repository

Bahasa santun dalam majlis pernikahan


Citation

Hassim, Siti Zainab and Salleh, Che Ibrahim (2016) Bahasa santun dalam majlis pernikahan. Pertanika MAHAWANGSA, 3 (2). pp. 175-188. ISSN 2289-7259

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mencungkil kesantunan verbal dan bukan verbal masyarakat Melayu dalam majlis pernikahan di Kelantan. Sampel kajian diambil dari tiga daerah, yang dipilih secara rawak untuk mewakili daerah lain di negeri Kelantan, iaitu daerah Kota Bharu, Bachok dan Tumpat. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif berdasarkan empat strategi kesantunan yang terdapat dalam Model Kesantunan Asmah (2000). Hasil kajian mendapati bahawa kesantunan bukan verbal masyarakat Melayu dalam majlis pernikahan di Kelantan ialah cara duduk santun peserta dalam majlis, pemilihan ruang yang luas untuk majlis, adanya wakil dalam majlis, riak wajah senyum dan serius dalam majlis. Manakala, kesantunan verbal dalam majlis pernikahan pula ialah ambil giliran bercakap antara penutur utama dengan penutur lain, ungkapan persetujuan peserta, penggunaan kata ganti nama pertama, kedua dan ketiga sebagai panggilan hormat dalam ucapan khutbah nikah oleh kadi kepada pasangan pengantin serta hadirin yang berada dalam majlis pernikahan. Kesimpulannya, empat strategi kesantunan yang terdapat dalam Model Kesantunan Asmah (2000) telah berjaya mencungkil kesantunan verbal, dan bukan verbal masyarakat Melayu dalam majlis Akad Nikah di Kelantan.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Bahasa santun dalam majlis pernikahan.pdf

Download (33kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Universiti Putra Malaysia Press
Keywords: Verbal politeness; Non-verbal politeness; Malay community; Politeness strategies; Solemnization ceremony
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 13 Aug 2018 02:30
Last Modified: 13 Aug 2018 02:30
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64571
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item