Simple Search:

Modal sosial dalam kalangan suku kaum Orang Asli


Citation

Abu Samah, Asnarulkhadi and Mohd Salim, Sara Shakilla and Hamsan, Hanina Halimatusaadiah (2016) Modal sosial dalam kalangan suku kaum Orang Asli. Pertanika MAHAWANGSA, 3 (2). pp. 156-173. ISSN 2289-7259

Abstract / Synopsis

Makalah ini membincangkan modal sosial dalam kalangan Orang Asli yang tertumpu kepada tiga suku kaum, iaitu Senoi, Melayu Proto dan Negrito. Perbincangan dalam artikel ini adalah mengenai tahap modal sosial, tahap penglibatan dalam komuniti dan tahap hubungan sosial dalam kalangan suku kaum sesama sendiri dan dengan orang luar. Modal sosial dalam kalangan Orang Asli penting dikaji kerana dapat memberikan gambaran umum tentang kekuatan dalaman mereka, dan juga keupayaan terhadap sumber (pembangunan) jika terjalinnya jaringan dengan pihak luar (komuniti ataupun agensi). Pengumpulan data melalui kajian tinjauan ini telah dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik. Kajian ini melibatkan semua ketua keluarga Orang Asli di enam buah kampung di Pahang dan tiga buah kampung di Kelantan. Sebanyak 319 responden terlibat dalam kajian. Umumnya, kajian ini mendapati bahawa tahap modal sosial bagi ketiga-tiga kaum berada tahap tinggi berdasarkan nilai min yang didahului oleh kaum Negrito, Melayu Proto dan Senoi. Ini menunjukkan bahawa Orang Asli mempunyai modal sosial yang baik dalam aspek hubungan sosial yang memberikan kekuatan kepada mereka. Namun, jika dibandingkan dengan tahap hubungan sosial, tahap penglibatan dalam komuniti Orang Asli masih rendah yang memerlukan tindakan usaha menyedarkan mereka.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Modal sosial dalam kalangan suku kaum Orang Asli.pdf

Download (34kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
Institute for Social Science Studies
Publisher: Universiti Putra Malaysia Press
Keywords: Social capital; Orang Asli; Level of ownership; Level of participation; Community
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 13 Aug 2018 10:30
Last Modified: 13 Aug 2018 10:30
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64566
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item