UPM Institutional Repository

Faktor Yang Mempengaruhi Prestasi Kerja Pegawai Di Jabatan Imigresen Malaysia, Klia


Citation

Ismail, Kamaliha (2005) Faktor Yang Mempengaruhi Prestasi Kerja Pegawai Di Jabatan Imigresen Malaysia, Klia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi menentukan faMor yang mempenga~hi prestasi ke ja di kalangan pegawai di Jabatan Imigresen, KLIA. Objektii khusus kajian ini ialah I) Menentukan tahap prestasi kerja di kalangan Pegawai lmigresen Malaysia di Jabatan lmigresen Malaysia, KLIA, 2) Menentukan kesignifikanan perkaitan di antara empat faktor terpilih iaitu persekitaran di tempat keja, ganjaran dan pengiktirafan, komitrnen terhadap jabatan, serta pengetahuan dan kemahiran dengan prestasi kerja di kalangan Pegawai lmigresen Malaysia, KLIA, dan 3) Menentukan faktor yang paling berpengaruh terhadap prestasi keja para Pegawai lmigresen Malaysia di Jabatan lmigresen Malaysia, KLIA. Sehubungan dengan itu, soal selidik digunakan untuk mengumpul data kajian. Seramai 169 responden telah dipilih secara rawak mudah bagi mendapatkan hasil kajian ini. Data dianalisis dengan menggunakan perisian komputer iaitu Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) Kajian ini mendapati bahawa 56.2 % daripada responden mempunyai tahap prestasi kerja yang tinggi, 39.6% mempunyai prestasi kerja sederhana dan yang selebihnya (4.2%) mempunyai tahap prestasi kerja rendah. Ini menunjukkan bahawa tahap prestasi kerja di kalangan pegawai di Jabatan lmigresen Malaysia, KLIA adalah tinggi. Kajian ini juga mendapati bahawa terdapat perkaitan secara positif dan signifikan pada aras keertian 0.01 di antara prestasi kerja dengan keempatempat faktor terpilih iaitu faktor persekitaran di tempat kerja (r = .581), faktor ganjaran dan pengiktirafan (r = .498), faktor komitmen terhadap organisasi (r = 567) dan faktor kemahiran dan pengetahuan (r = 524). Dalam pada itu, sebagai sebuah jabatan kerajaan yang menjadi tunggak utama dalam pengendalian segala operasi di KLIA, Sepang, tahap prestasi kerja para Pegawai lmigresen perlulah ditingkatkan bagi memastikan segala kesulitan dan masalah yang dihadapi boleh diatasi dengan cara yang bijak dan berkesan


Download File

[img] Text
FPP_2005_15.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Performance.
Subject: Job satisfaction - Malaysia.
Call Number: FPP 2005 15
Chairman Supervisor: : Profesor Haji Rahim Bin Md. Sail, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Nur Izyan Mohd Zaki
Date Deposited: 14 May 2010 08:00
Last Modified: 30 Oct 2023 08:32
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6450
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item